Monday, November 11, 2019

BERKAT HARI LAHIR NABI S.A.W ~

Bismillah Walhamdulillah ...
.
.
.
.
Harini aku sendiri nak cerita pengalaman aku dengan keberkatan selawat ke atas baginda sollallahu alaihi wasallam .

WARNING ! BUKAN NAK RIAK MENUNJUK KE APA TAPI LEBIH KEPADA PERKONGSIAN SALAH SATU PENGALAMAN SAHAJA .
~~~
~~~
~~~

Wahai Kekasih Hati . Rindunya aku padamu 


Tepatnya pada 11 Rabiul Awwal 1441 Hijrah bersamaan tarikh 8 November 2019

Saja lah Chaq Farihah ajak aku pergi ambil kitab terjemahan dan syarahan Matan Syatibiyah dan Durrah dari kawan maahad aku juga yang tinggal di DMAK (Dewan Malaysia Abbasiah Kairo) . Beliau graduasi IQDAR dan sekarang sambung pengajian Qiraatnya di Mesir . Jadi , aku yang masih merangkak dalam bidang Qiraat ni banyak rujuk beliau dari segi kitab-kitab melayu untuk rujukan matan dan usul qiraat .

MasyaAllah , walaupun hanya perjalanan ke DMAK yang lebih kurang 15 ke 20 minit saja dari Hayyu Sabiek ( tempat aku tinggal ) . Hari itu , aku merasakan kelancaran perjalanan . Mungkin dengan keberkatan MAULID NABI KITA S.A.W !

Iyalah , Mesir ni penuh dengan kejutan dan ketidaktersangkaan . Perjalanan yang pendek pon boleh berlaku macam-macam .

Sempena meraikan Hari Ulang Tahun Habibuna Sollallahu Aalaih atau orang Indonesia suka sebut 'ULTAH' singkatan kepada ulang tahun ya mbak . Aku sengaja usung tasbih kokka kesayangan aku ketika dalam perjalanan , bukan untuk menunjuk tapi untuk mengingati diri aku yang sering terlupa untuk berzikir .

Semasa di rumah bersiap-siap untuk pergi .. Dalam diri ini gusar , masih ada kah bas untuk pergi sebab waktu itu ialah waktu kemuncak matahari lagipula hari Jumaat . Kalau boleh , pergi ke 'mahattah' (stesen) bas tu nak terus sahaja naik bas .

Aku pula sedang mengejar waktu kerana kawan aku di DMAK itu hendak pergi ke Masjid Saidina Hussein di Darrasah untuk menyambut Maulid . Mesir memang hidup perayaan2 sebegini . Mereka zahirkan kecintaan mereka terutama pada hari-hari yang bermakna seperti hari maulid ini !

Pergi ke Mahattah ,

Alhamdulillah , terus ada bas 24 ج . Banyak pulak tu !

Kami pon naik bas yang paling ramai penumpang , dan mengambill tempat duduk . Kami terpaksa duduk berpisah kerana seat yang couple semua dah penuh . Kalau ada kosong pon , sebelah arab . Baik duduk yang seat single .

Sambil 'ammu (pakcik) merehatkan enjin bas , hati aku masih gusar takut-takut menyusahkan kawan aku di DMAK untuk menunggu kami sedangkan dia ada hajat lain . Hati terus berselawat sambil menggerakkan biji tasbih . Dengan harapan , semuanya lancar .

Bas mula bergerak masuk ke litar jalanan .

Setelah 15 minit , sampai ke destinasi . Aku masih melirik-lirik jam tangan mengejar waktu .

Berjumpalah kami di dataran tengah , walaupun Wafa' dah lebih sebulan sampai Mesir , aku masih tidak sempat untuk bertemu dan sembang panjang dengan beliau . Kafe pula tutup , kalau tidak boleh la menjamu satay kesukaaan aku sambil borak panjang dengan beliau .

Aku tidaklah rapat benar dengan Wafa' , tapi kami satu asrama dan satu sekolah dulu . Orangnya pemalu dan lembut . Kadang malu dengan diri sendiri yang kadang terlalu 'hingaq' bila borak dengan orang ! Sembang dengan beliau , aku pun sama naik ayu . Hahaha !

Buntu juga nak sembang dengan Wafa' , apabila berhadapan dengan orang berperwatakan ayu sebegini kena jaga sikit tingkah laku dan tutur kata supaya tidak menggguris hati beliau . Aku cuma tanyakan soalan-soalan 'cliche' .

"Macam mana Study ? Dah tengok ka Maahad Syubra ? Ikhtibar lughawi haritu okay ka ? "
.
.
.


Sia-sialah datang jauh-jauh dari Sabiek semata-mata ambil kitab . Aku ajak Chaq Farihah pergi makan mee tarik Cina Muslim berdekatan dengan DMAK . Kadang-kadang boleh la nak makan di situ , dek harga yang agak mahal dan tepung yang cepat memuakkan .

Kami order 'stewed mee' dan 'dumpling' .
.
.
.
Setelah memberi hak pada perut yang lapar , masa untuk cari bas pulang . Aku seorang yang suka berfikir-fikir . Di benak aku dengan harapan cepatlah sikit jumpa bas kerana perjalanan yang agak meletihkan walaupun dekat . Kalau pergi Darrasah ka DMAK ka , aku memang akan terfikir dan bersoal sendiri .. " macam mana la hat dok ulang alik pi mai , pi mai tu ? Kuat sungguh semangat depa "

Itulah manusia , bila nampak saja berat memandang . Apabila sekali sudah terbiasa , mulut tidak akan merungut lagi . Masya Allah !
.
.
.
Kami menunggu bas tidak sampai 10 minit , tapi pada awalnya ragu-ragu nak  naik sebab pakcik bas tidak sudi buka pintu dan keadaan bas yang padat sangat !

Tiba-tiba ada seorang makcik arab ni  , dalam lingkungan 30 ke 40 tahun ajak kami berdua untuk naik . Aku dan Chaq Farihah ni kalau mai 'introvert' tu memang redha je la apa pun . Malas nak struggle lebih-lebih . Tapi , tu kalau 'introvert' tu mai la .

Cari bas 24 ج tak jumpa . Ni ja ada ...


Makcik tu tarik tangan aku sampai naik atas bas sebab risau aku tergolek agaknya disebabkan aku yang terpaksa berdiri di tangga bas dek kepadatan penumpang . Makcik tu tolong pas kan duit aku dan Chaq ke 'Bus collector' , tolong bagi baki . MasyaAllah , rasa senang dan seronok sangat . Paling tak tahan , kami naik bas yang sama masa pergi dan balik !

Sampai suatu destinasi , makcik tu turun dulu kerana destinasi kami masih jauh . Aku dari tadi cuma sempat mengucapkan 'syukran' berkali-kali saja pada beliau . Sewaktu beliau ingin melangkah turun , dengan spontan aku ucap kepadanya ' Barakallahu feek " ,( semoga Allah memberkati kamu) .

Satu adat yang aku jatuh cinta dengan arab ni ialah , mereka banyak saling mendoakan . Itu yang salah satu aku belajar tentang kehidupan di sini . Walaupun ada kekurangan-kekurangan lain pada bangsa mereka .

Orang kata ,

buang yang keruh , ambil yang jernih ! 

Walaupun kisah perjalanan yang singkat dan biasa saja , tapi aku dapat rasakan kerberkatan hari itu . Sehari sebelum Hari Lahir Baginda Sollallahu Alaihi Wasallam .




~SEMOGA ALLAH GOLONGKAN KITA DI KALANGAN UMMAT BAGINDA YANG MENERIMA SYAFAAT BAGINDA NANTI . ALLAHUMMA AMIN ~



Thursday, November 7, 2019

DOWN SEBAB RASA MACAM BANYAK SANGAT BENDA NAK BUAT !

Bismillah walhamdulillah ...
.
.
.
.
Selepas Isya' berkumandang , aku buka peti ais dan mengambil 'cheeskut' yang ditempah kelmarin . Lidah terasa inginkan manisan walaupun kawan serumah bertungkus lumus menguli tepung untuk dibuat laksa .

Depa masak laksa harini . Tapi sayang , aku bukan peminat tegar laksa walaupun asal dari Kedah ! Aku sendiri hairan , mungkin faktor membesar di negeri orang menyebabkan aku agak kurang berminat dengan laksa ni sedangkan mak aku sendiri 'hantu laksa' !

Laksa Johor dan Laksa Sarawak , ya ... Thats my favourite !

Sudah satu hari aku skip untu tidak menulis blog , entah kenapa rasa tidak ada sesuatu yang menarik ingin dikongsikan . Mungkin ada ,  cuma malas !

Sambil membuka laptop , ilham terus melintas . Apakata aku tulis sahaja apa yang mengganggu fikiran aku . Ya , yang sedang mengganggu fikiran aku sekarang ni ialah terasa macam banyak sangat benda yang aku nak buat dan tak terbuat . Itu boleh membuatkan aku down dan jatuh semangat .

Aku seorang 'ambivert' . Jadi banyak perkara aku selalu tengah-tengah . Ada perkara yang aku boleh buat dua kerja dalam satu masa atau sebaliknya . Tapi , bila ada rasa boleh buat satu kerja saja dalam satu masa tu yang susah nak dikawal . Masa tu tiba-tiba aura negatif akan menjengah dan mengelilingi aqal fikiran . Seolah-olah meminta untuk berhenti melakukan semua benda sekaligus .

Diri melawan , melawan aura hitam itu yang hanya singgah untuk menjatuhkan semangat . Teringat Movie 'HARRY POTTER ' . Karakter 'Dementors' yang mana asal ilham watak ini adlah kerana JK . ROWLING iaitu penulis asal Harry Potter juga pernah mengalami kemurungan dan akhirnya boleh melawan aura jahat ini .

Ada dalam Harry Potter and The Prisoner Of Azkaban ..

Maaf , terbawa-bawa cerita Harry Potter pula kat sini .!

DEMENTOR



Sebenarnya , aku selalu saja melalui perasaan sebegini dan setiap kali terasa begini , pasti akan terus hubungi ibunda tercinta dan minta doa .

Ya , kerana aku percaya doa seorang ibu lebih dekat mustajabnya . Para Wali juga mengatakan hal yang sama kerana darjat seorang ibu itu sangat tinggi di sisi Allah Taala . Tapi ,disebabkan perselisihan itu hari , aku berasa canggung dengan ummi .

Sebab ego anak sulung kah ? Aku tidak mempunyai jawapan tentang itu .

Sebelum ni , biasa la pergaduhan kecil anak beranak . Tarik muka sekejap dengan ummi dan akan elok balik dalam beberapa minit sahaja . Kalau dengan Abah , jangan ditanya . Anak perempuan dengan ayah ni lain . InshaAllah tak pernah gaduh , mungkin gaduh-gaduh manja saja .
Abah suka mengusik .

Sebab itu  , salah satu ciri suami yang aku suka persis seperti abah iaitu pandai mengusik aku menyebabkan aku tak jadi nak merajuk . Haha !
Lebih kurang macam merajuk aku hambar , tak jadi ...

Jadi , bila aku cerita pada ummi . Ummi akan pesan  untuk bangun malam lakukan tahajjud dan cerita pada Tuhan yang mentadbir segala sesuatu . Kata ummi , ketika menuntut ilmu memang banyak ujiannya , banyak mehnahnya . Untuk jadi orang yang hebat , maka cabarannya juga hebat .

Tambah pula sejenis manusia seperti aku yang suka mencuba sesuatu perkara baru dan selagi aku tak cuba dan tidak puas hati pasti aku akan tidak pernah serik . Masalahnya , aku cepat juga jatuh semangat .

So , guyss jangan lupas selalu minta doa mak ayah kita selalu dalam apa urusan sekali pun dan aku di sini juga cuba mengingati diri sendiri . Manusia sering alpa dan terlupa . Ibu segala-galanya dekat ataupun jauh .

Bila rasa ada satu hari tu , hari yang susah dan rumit buat kita . Pergilah !
Pergi cari ibu kamu , mak kamu ... Minta doa mereka .! Jangan ditangguh ..

.
.
.
.
.
.
CAKAP PADA MASALAH.. KITA ADA ALLAH YANG BESAR


Tarik nafas dalam-dalam ....

Istighfar . Astaghfirullahal azeem 3x
.
Susun balik niat , susun balik apa yang hendak dilakukan . Cuba lakukan dengan aturan kerana tidak mungkin untuk dibuat semuanya sekaligus kan ?

Manage balik semua dan perlahan-lahan siapkan dengan tenang dan tenteram......

Yup ! Thats will im gonna do ..

Tuesday, November 5, 2019

KENAPA WANITA TERLALU BANYAK DARAH ?!

Bismillah Walhamdulillah ..

.
.
.
.
Syukur kepada Allah Taala , selama 3 ke 4 hari ini aku berpeluang untuk mendalami sedikit sebanyak tentang salah satu cabang masalah iaitu bab Haidh dan Nifas .

Semestinya , dalam fiqh wanita tidak asing lagi dengan yang namanya darah . Aku pun tidak pasti bagaimana sepanjang kelas ini , ikhwah boleh fokus dan memahaminya . Kami sendiri yang bergelar wanita masih tidak mampu memahami diri kami sendiri . Tidak kira samada dari segi emosi , aqal fikiran dan hal-hal lain . Contohnya seperti bab darah ini .

Tapi , benar ...

Ada hikmah Allah anugerahkan haidh kepada wanita . Aku juga salah seorang yang suka mengeluh bila datang saja bulan . Sebab suuzhon dengan Allah tanpa sedar , sedangkan Allah takkan sia-siakan setiap ciptaannya . Yakin bahawa wanita ini istimewa .

Bukan suuzhon bagaimana , hanya tidak seronok kerana tidak boleh solat , berpuasa dan larangan-larangan ketetapan syara' . Sedang Allah merahsiakan sesuatu yang hambaNya tidak akan tahu !

Sehinggakan di kalangan kawan-kawan aku memang akan mengeluh apabila datang bulan , seolah-olah kami merasakan yang kami makin jauh dengan Allah .

Semakin menginjak remaja dan dewasa , semakin Allah memberi kefahaman itu . Berzikir juga salah satu amalan yang masih boleh dilakukan ketika uzur syar'ie . Selawat ke atas Habibuna Sollallahu alaihi wasallam dan banyak lagi .

Ingat lagi kata-kata asatizah di Maahad dulu , sebab kami suka juga mengeluh di hadapan mereka . Apa yang mereka akan katakan ialah ,

"Walaupun uzur ini melarang kita daripada mendekati ibadah , mengikut perintah Allah untuk cuti dari semua ibadah itu juga suatu ibadah kan ?"

"Allah nak bagi perempuan ni rehat sekejap .. Nanti solatlah , puasalah .."

Ya, hanya akur . Masa tu masih remaja jadi tidak nampak lagi hikmah nya . Cuma pokoknya kita hanya mengikut apa yang syariat telah tetapkan . Dan janganlah kita pandang itu sesuatu yang hina dan jelek .
.
.
.
Allah memberi kistimewaan pada satu-satunya wanita di muka bumi ini yang tidak mempunyai haidh ialah SAIDATINA FATIMAH AZZAHRA' kerana itu beliau digelar AZZAHRA' . Bahkan dikatakan , ketika melahirkan SAIDINA HASAN dan SAIDINA HUSIN juga nifasnya hanyalah se lahzah atau sedetik sahaja . Hal beliau seperti lelaki kerana Allah inginkan beliau beribadah sebanyak banyaknya kepada Allah Taala .
.
.
Cerita Saidatina Hawwa' ibunda kita pulak bagaimana beliau terkena haidh ini apabila suatu hari beliau memerah buah khuldi dan ulama menafsirkan khuldi yang dimaksudkan ialah gandum . Maka Allah berfirman kepada beliau , bahawa Allah akan mengalirkan darah beliau keluar daripada rahim sebanyak aliran perahan gandum yang beliau perah itu . Dan ini semua akan kena kepada semua anak cucu beliau yang perempuan

.
.
 Binatang juga ada yang terkena haidh , tapi tidaklah sama seperti manusia . Wallahua'lam seperti apa yang pasti ada .

Cerita Saidatina Hawwa dan Saidatina Fatimah radiyallahuanhuma in saya dengar sendiri ketika saya menghadiri daurah Al-Amdad Al-Fayyadhah oleh Al Fadhil Ustaz Nazrul Nasir wa nafa'ana bi ulumihi .

Kemudian sampai lah perbincangan dars tentang istihadhah ...

SALAH SATU UJIAN WANITA IALAH ISTIHADHAH


Ya , nak dibandingkan bab haidh dan nifas .. Bab Istihadah paling memeningkan dan menambah kekeliruan semua orang . Kerana terpecah kepada beberapa jenis kalangan wanita juga yang menghadapi istihadah ini .

Jadi Al-Fadhil Ustaz selalu mengingatkan untuk wanita banyak berzikir untuk menjauhi dari terkena istihadah ini , kerana istihadhah ini sangat rumit untuk diuruskan dan ianya dari syaitan berdasarkan hadis NABI S.A.W .

Doakan supaya keturunan kita juga tidak terkena istihadhah ini . Jika ada dari kalian yang terkena penyakit ini , bersabar . Allah ingin menguji kalian dan ingin kalian bertambah dekat denganNya .
.
.
.
Setiap ujian itu tidak lain tidak bukan untuk menambah keimanan dan darjat kita di sisi Allah Taala ~

Monday, November 4, 2019

EMOSI DAN EGO MEMAKAN DIRI !

Bismillah Walhamdulillah
.
.
.
.

Hari ini , satu kejadian dalam sejarah hidup aku berlaku . Salah satu dugaan apabila berada di luar negara ini selalu merasa kehilangan dan jauh daripada keluarga . Jujurnya aku bukan macam 'housemate' yang lain , selalu menghubungi antara satu sama lain di video call . Bukan sebab aku ni , anak derhaka atau apa ( nauzubillah ) . Tapi , disebabkan ummi dan abah yang kurang tahu penggunaan media sekarang .

Jadi , aku akan call apabila adik-adik aku balik cuti di rumah . Seorang di UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN dan seorang lagi masih bersekolah menengah di tingakatan 3 (2019) . Semestinya , sering sahaja berhubung dengan aplikasi 'whatsapp' .



Perkara yang menyedihkan juga , sekarang ni ummi dan abah masih sibuk memberikan sepenuh perhatian kepada tokwan yang sering terlantar di hospital akibat lemah jantung . Ya, aku sangat mengerti keadaan itu dan tidaklah sampai hati untuk bersikap pentingkan diri .

TOKWAN

Cumanya , aku tidak menyangka bahawa perkara ini sedikit sebanyak memberi kesan pada emosi dan jiwa aku !

Jadi , kisahnya beberapa hari yang lalu aku mengirim beberapa makanan melalui seorang ustaz yang akan ke Mesir juga . Memandangkan aku tidak pulang untuk cuti musim panas tahun ini , maka aku hanya berniat untuk meminta pertolongan ummi untuk kirimkan sahaja pada ustaz itu . Harapan bagaikan Gunung Kinabalu kerana makanan yang aku pesan  itu memang tidak ada di bumi Mesir dan sangat kempunan untuk menikmatinya !

Suatu hari , ustaz itu menghubungi aku . Mengatakan bahawa beliau sudah sampai ke Mesir dan memaklumkan yang aku boleh mengambil barang kiriman darinya . Jadi , untuk memastikan barang yang dikirim itu benar , aku meminta beliau untuk ambil gambar .

Gunung Kinabalu musnah !!

Apa yang aku harapkan , tak dapat . Ummi tersilap beli makanan yang aku tersangat inginkan . Aku menangis kerana terlalu hampa . Tak pasti punca kesedihan itu , samada ianya disebabkan emosi yang tidak stabil ataupun memang terlalu berharap sehingga apabila dapat yang diharapkan itu berbeza sama sekali . 

Tengah hari itu aku ada kelas di Pusat Pengajian Ruwaq Jawi . Sambil berjalan itu masih merasakan kesal yang teramat sangat . Aku pun pelik , apa yang aku sedihkan sangat ? makanan je pon ? 

Selalunya aku tak pernah buat perangai seperti ini . Selalunya aku akan cuba bersangka baik dan bersikap positif . Cuba memahami situasi dan tidak menimbulkan masalah .

Pasti ada sesuatu dalam diri aku yang aku kecewakan dan bukan hanya sebab tersalah kirim makanan itu saja .

Aku masuk dalam 'group family' aku dan melampiaskan kekecewaan aku , adik-adik aku masuk . Mungkin niat mereka untuk tidak membesarkan masalah , tetapi aku sendiri tidak boleh tenangkan diri . Fikiran aku terganggu , menaip apa yang dalam hati dan fikiran juga mengikut emosi .

Akibatnya.....

Sepertinya aku dan adik-adik aku seakan- akan berperang dingin sekarang . Ummi menyalahkan diri sambil mengingatkan aku tentang bersikap sederhana dan jangan membandingkan diri dengan orang yang senang , tapi bandingkan diri dengan orang yang lebih susah dari kita....

Air mata menitis . Sambil di kelas pengajian in didendangkan qasidah burdah pujian kepada Habibina Rasulullah S.A.W . Menambah sebak dan sesak di dada . 

Kalau tidak ada seorang manusia pun di situ , pasti aku telah menangis sepuasnya . Lepaskan sesakan di dada . Dalam 'group family ' tu , aku secara emosi dan tidak sengaja telah meluahkan sebanyak-banyak perasaan aku yang kecewa dengan semua orang . Pada aku , mereka tidak hiraukan aku di bumi yang jauh ini . Ya , ini semua emosi . Berfikiran mengikut hawa nafsu . Aku tewas !

Abah cuba masuk , menambah aura positif tapi aku tidak layan . Tidak menghiraukan sama sekali . Alasan di cari untuk membela diri sendiri . Memenangkan ego .....

Harini pula , giliran aku masak untuk ahli rumah . Sambil memotong ayam , pisau aku hentak memotong tulang sendi ayam sambil aku melepaskan amarah aku siang tadi . Masih berbaki rupanya . Kekesalan menyelubungi jiwa tapi dibalut emosi dan ego .

Makin lama semakin tenang hati dan memikirkan apa yang telah aku katakan terhadap kesayangan-kesayangan aku siang tadi . 

Ya , sepertinya aku yang melakukan kesilapan besar . Berkata sewenangnya tanpa memikirkan hati mereka . Terutama ummi dan abah . Agaknya tenangkah mereka tidur ? Barangkali aku yang tidak akan tidur lena .

Teruknya aku , disebabkan keinginan dan emosi ... Aku kalah ! 

Aku tidak pernah ada masalah dengan adik - beradik , bila gaduh depan-depan ni lain . Kita tau reaksi muka , tau ekspresi mereka . Cepat saja berbaik . Kali ini , berbeza . Aku tidak mengetahui sama sekali intonasi yang digunakan , mimik wajah yang dilakukan . Maka , hanya dengan tafsiran diri sendiri yang malah menambah lebih teruk keadaan . 

Jari masih berat untuk mengatakan maaf ! 

Entah kerana ego , atau kerana malu ... 

Sebelum ni , mudah saja aku meluahkan kata maaf dan terima kasih . Tapi kalini agak sedikit berat . Kenapa agaknya ? 

Ya Allah .. berilah aku kekuatan . Aku sayang ummi , sayang abah dan sayang adik-adik aku . Sama sekali tidak mahu kehilangan mereka . Rendahkan ego yang menggunung ini . 
..
.
.
.
......................................................................

Sunday, November 3, 2019

BETUL KE MIMPI NI SEBAB RINDU ?

Bismillah Walhamdulillah ..


Rindu Maahad agaknya ...

Semalam tidur mimpi Maahad (MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR ) sekolah ku yang tercinta .

Maktab Mahmud Alor Setar

Ya , yang mengajar aku erti sabar , mengajar aku berjimat cermat , mengajar aku erti hormat dan ketinggian akhlak .

Sebab tu kami panggil Maahad LOQSTAQ , -Bumi Waqafan , Bumi Tarbiyah -

Ingat lagi , pernah dalam dewan kemegahan Maahad , DEWAN SULTAN BADLISHAH tu . Ustazah Afriza Uzir , sampai sekarang menjadi PK HEM . Ustazah pun antara guru yang banyak memberi aku inspirasi . Tengok ustazah , aku ada rasa nak jadi pengganti ustazan suatu hari nanti . Dengan Ustazah , kami banyak berkongsi tentang susah payah dan jatuh bangun pimpinan .

Ustazah suka bahasakan diri ustazah "bonda " . Maka kami pon bahasakan ustazah '  Bonda Afriza' tapi kat belakang ja la . Kat depan bahasa 'Ustazah' sebab malu dan hormat.

Mula mengenali ustazah sewaktu tingkatan 3 . Kelas 3 Hasanah (2013)            .

Apa aku nak cerita tadi ?
.
.
.
ha ! ada sekali tu , kat dalam dewan .. Ustazah macam bagi kata-kata semangat kat Form 6  kot rasanya masa tu Mesyuarat Agung Tingkatan Enam . Ada la salah satu ayat ustazah yang paling aku ingat ni .

"kalau kamu belah tangan ustazah ni , darah yang menitik tu mesti dia tulis Maahad !" 

Bila dengar ja ayat tu  , lagi jatuh cinta aku dengan Maahad !!!

Allah , Allah..

Rindunya ..

''Allahumma ihfiz maahadana wa ahlaha " 

Ingat lagi , waktu form 5 .. Kami semua sanggup nak ambik STAM sebab tak sanggup nak berpisah dengan Maahad , dengan guru-guru yang tak jemu memberi peringatan  kami . Kami sangat menghargai semua yang ada di dalam bumi barakah itu . Hattakan pakcik dan makcik guard , mahupun tukang kebun  , tukang sapu , semualah .

Bila dah naik Tingkatan Enam , pakat cari alasan taknak keluar jugak. Dok berharap la ada UNIVERSITI MAKTAB MAHMUD  ! Hahaha..

Punya takmau keluar , nak jugak dok situ ..

Bila berkongsi perasaan tu dengan para asatizah , MasyaAllah .. dapat lagi taujihat dan kata-kata semangat .

"Kamu duduk di dalam Maahad ni sebagai latihan saja , kamu kena keluar dari kepompong Maahad untuk menghadapi masyarakat di luar sana . Untuk bantu ummah di luar sana !"

Rasa nak nangis pulak aku yang sedang menaip ni .

Ya Allah.... rindunya Maahad !

Sebab tu , salah satu punca aku sanggup pegang jawatan waktu zaman sekolah menengah ni dengan satu niat saja . Niat inilah yang selalu memberi aku semangat dan sanggup berkorban apa sahaja iaitu . Aku niat untuk berkhidmat untuk Maahad dan untuk guru-guru di situ . Seronok berkhidmat di tempat kita menuntut ilmu ni .

Rasa bersyukur setia dengan Maahad . Pernah dulu waktu tingkatan satu , naik kereta dengan abah nak balik asrama . Macam biasa , abah akan tanya macam mana pelajaran aku , macam mana asrama . Alhamdulillah , semua baik-baik saja !

Haha ,
Dah nama budak tingkatan satu .. memang moment paling benci bila nak kena balik asrama .
Aku pun cuma buat muka seposen sebab tak suka nak balik asrama .

Abah pun ingat aku tak sanggup nak duduk situ .

Abah kata , " cuba dok dulu , nanti tingkatan 4 pindah la "

Sekali nahhh.... setia sampai hujung nyawa !

Sama jugak macam asrama .. ayat kak-kak nak bagi kami yang penghuni baru ni seronok dengan asrama .

"Nak tau asrama ni best ka dak , sekurang-kurangnya  kamu kena duduk setahun ."

Tak sangka sampai sekarang aku masih ingat kata-kata keramat semua ni .
Nak senarai lagi memang banyak . Dan banyak juga ayat-ayat keramat yang turun temurun kami guna . Maksudnya , ayat-ayat sama juga kami gunakan pada adik-adik baru .

Cakap pasal asrama ni , kami geng-geng asrama ni minta tingkatan enam pon nak dok asrama. Punya taknak keluaq ! Ustaz ngan Ustazah pun gigih nak bantu kami . Tapi fahamlah , bila kena urusan dengan Lembaga ni berat sikit lah kan .. Haha
.
.
.

Tapi , tak taulah generasi sekarang . Junior-junior kata , Maahad dah banyak berubah ..

Tu semua kerja Allah .. Aku yakin yang para murabbi di Maahad sudah sedaya upaya mendidik anak-anak maahad ni .

Semoga Maahad tetap dalam jagaan Allah sampai bila-bila !

~once maahadian , forever maahadian~

*** siapa MAAHADIAN , angkat tangan sikit 😄



_QAHERAH , MESIR_
23:23 PM (waktu Mesir)

Saturday, November 2, 2019

DINA DAH PUTUS ASA ?

Bismillah Walhamdulillah ...


Aku pun manusia biasa . Ada cita-cita , ada impian .. Tapi , kadang-kadang aku hairan . Adakah setiap impian dan cita-cita aku ni mesti berkait dengan semua orang ? Tak boleh ke aku kejar saja cita-cita aku tanpa melibatkan orang lain .

Satu kekesalan tentang diri aku ialah , aku selalu tak boleh buat kerja tanpa sokongan orang . Tambah orang yang mengenali aku . Keluarga aku , kawan-kawan aku , sahabat seperjuangan dan semua kenalan .

Aku suka menulis , aku suka bercakap dalam video . Bukan niat nak femes , tapi dengan niat untuk kongsikan pengalaman aku , hidup aku . Walaupun sebenarnya siapalah aku , siapa ja yang nak mengenali aku .

Sejujurnya , aku tak dapat merasakan sokongan tu daripada semua orang . Sampai satu masa , aku murung , masih cuba menahan air mata dari membanjiri kelopak mata . Solat dan berdoa supaya terus diberi semangat , berlagak seolah-olah aku okay !

 Sebenarnya , siapa mereka di sisi aku dan siapa aku di sisi mereka sebenarnya ?

Adakah aku ni hanya insan tempat untuk melapangkan masa-masa mereka ? Dicari ketika ada sesuatu gembira yang hendak diceritakan dan dicari ketika ada sesuatu yang sedih untuk diluahkan ?

Ya, pada dasarnya aku memang seorang yang happening , ceria dan macam tiada masalah .
Tipulah ! Manusia mana yang tidak ada masalah .

Hattakan Rasulullah s.a.w pun masalahnya 1000x ganda lebih berat lagi daripada kita ni .

Berbalik pada tajuk ,

Aku terdetik yang moment-moment di Mesir ni mesti dilakarkan dan alangkah indahnya jika dikongsikan bersama . Untuk kawan-kawan yang tak berpeluang ke luar negara . Paling penting untuk warga Masisir sendiri sebenarnya .

Tapi , pada tanggapan aku . Mereka seperti tidak berbangga berpijak di bumi Anbiyak ini . Wallhua'lam

Ya ,aku yakin pasti yang membaca ini akan terdetik . " Bukan tak bangga......tapi.."

Aku doakan mereka juga direzeqikan nanti . Amin

Entahlah .......


Baru itu hari aku menulis tentang tujuan dan kemurungan . Tiba-tiba sekarang aku merasainya .
Aku sebolehnya ingin berbaik sangka pada semua orang . Aku sendiri tidak pasti , gamaknya aku bersangka mereka tidak menyokong aku .

Yang dinamakan manusia itu pasti mahukan penghargaan kan ? Tidak pernah puas dengan apa yang dikecapi ... heh !

Siang malam aku bersengkang mata cuba untuk melakukan yang terbaik . Cuba sebaik mungkin supaya yang membaca atau yang menonton akan puas hati dan tidak akan pernah jemu . Bahkan tidak sabar-sabar menantikan yang baru .

Sebaliknya harapan setinggi bukit punah , aku cakap pada diri ..
" apa yang aku harapkan ? sejauh mana yang kau inginkan ?"

Terasa seperti berjuang sendirian ..

Maka , semangat yang dibina semula akhirnya berkecai sekali lagi .
.
.
.
.
.
.

Buntu......

Thursday, October 31, 2019

How I met my awesome Quran Teacher ~

Bismillah Walhamdulillah ,

Agihan Kitab Qiraat Asharah dan kelas RIWAYAT WASRH dari IMAM NAFI '

Auntie Aisha Othman Dehlen

For the first time aku dengar nama beliau waktu tahun pertama sampai di Mesir . Tapi waktu tu , aku tahu yang Auntie just ajar Khat saja . Beliau rakyat Malaysia yang berketurunan Indonesia dan Cina . Ayah Indonesia dan Ibu beliau cina .

So , housemate aku ada beberapa orang yang dah join kelas khat dengan Auntie . Wawa , Solehah dan Iffah Rusli . Oh lupa ! Auntie ada ajar Mirath juga . Ilmu Faraidh . Bila ada kawan- kawan aku yang pergi belajar , automatik aku nak tau peribadi guru tu .

So , aku tau beliau dah agak berumur dan bahasa perantara dengan beliau masa tu Unites States punya english . Tapi tak pernah la jumpa .

Beliau dah duduk Mesir for about 10 years sebab nak belajar bahasa arab , AlQuran and so on . Eventhough dah berumur ! Tapi korang jangan terkejut , umur hanyalah umur . Auntie tak nampak langsun berumur . Nampak muda gila .. SERIOUS !

Actually , salah satu perkara kehidupan yang aku belajar . Kalau korang datang sini , korang jangan pelik ada makcik-makcik bahkan umur tok , nenek pon ada yang datang sini because nak belajar arabic dan Quran .

EXAM SEBELUM NAK DAPAT IJAZAH 


Malu dengan diri sendiri , sebab tak ada semangat dan himmah yang tinggi mcm makcik-makcik ni . Mesir ni bukannya senang . Kehidupan di sini kena banyak berdikari , banyak berjalan . Aku pon tak larat la nak jalan jauh-jauh .

Betul la orang kata , muda-muda ni qudrat ada tapi himmah tak berapa tinggi . Orang tua-tua ni , semangat tinggi tapi qudrat dah takda .

So, bila dengar personaliti Auntie memang attractive . Auntie bagi homework banyak sangat ! Yala , sapa ja suka homework ?!

Bila cuti sem summer 2018 , aku balik Malaysia tapi Tahsin Al-Quran aku still tak habis . Sebab tak boleh nak commit betul-betul . Entahlah sibuk dengan benda apa pun tak tahu .

Musim Luruh macam tu , balik Mesir . Si Wawa ni rupanya dia pergi join tahsin dengan Auntie Aisha . Aku ni takdak la terfikir nak belajar dengan orang sanad tinggi ke apa ke . Just nak belajar . Sebelum tu aku tahsin dengan Syikh Nabil , Alhamdulillah ramai senior-senior kata bacaan dengan Syeikh Nabil hafizahullah paling dekat dengan sanad Rasulullah s.a.w .

FACEBOOK : DAR NOUR 


Syeikh Nabil ramai anak murid termasuklah Auntie Aisha . So , kalau pergi MASJID SIDI SOLEH JAFARI dI Darrasah tu ramai sangat anak murid Syeikh . Dari Indo , Singapura , Pattani termasuklah Malaysia.

Dengan niat nak bagi habis tahsin secepatnya . yala sampai bila nak baca salah Al-Quran tu kan . Kita kena usaha la macam mana nak bagi cepat belajar semua tu . Terutama Al-Quran ni kena la musyafahah atau talaqqi depan-depan .

Starting je kelas dengan Auntie , since then rutin hidup aku banyak berubah . Makin lama makin nampak apa nak buat kat Mesir ni . Apa tujuan hidup sebenar . Kenapa Allah campak kau kat Mesir ni . Huishh banyak nak senarai satu-satu! .

Sebab Auntie orang Al-Quran , walaupun hidup sangat lama di Amerika . Allah kasih kepada beliau . Allah pilih beliau antara orang-orang yang mencintai Al-Quran dan ajak orang lain cintakan AL-Quran .

Kalau niat kita ikhlas, percayalah .. Kita takkan mudah menyerah kalah . Because we know tujuan kita buat dari awal lagi .

Aku sendiri tak sangka dah habis aku belajat 10 Qiraat dan mendalami sejarah Imam-Imam ni . Alhamdulillah ! Semuanya atas susunan cinta dari Tuhan untuk hambaNya kerana Allah merancang dengan CINTA ! Kita yang kena yakin .

Aku akui kebesaran mukjizat Al-Quran . Ya  , sebelum ni kita tahu Al-Quran tapi kenapa kita masih takdak rasa cinta betul-betul?

Auntie Aisha cakap , ALQURAN ni dia akan jelous . Tak hairan la ada oran sebulan dia baca berapa kali ja . Dia tak rindu Al-Quran , macam tu la Al-Quran tak rindu dia . Nauzubillah

Bersyukur sangat dapat kenal Auntie , she makes me into someone thats really  beneficial InshaAllah . Thanks Allah again !

So , sampai sekarang setiap tindak tanduk aku di Mesir ni banyak dibimbing oleh Auntie Aisha . She guide us from below to top inshaAllah one day .

Aku kagum dengan beliau sebab tiada tujuan lain dalam hidup beliau melainkan AL-QURAN and besides that practise the Hadis of RASULULLAH S.A.W .

Sekarang ni Auntie bagi izin untuk kami Alumni Dar Nour untuk megajar pulak . Sebab Auntie nak amalkan hadis Nabi SAW

 خيرُكُم مَن تعلَّمَ القرآنَ وعلَّمَهُ
الراوي : عثمان بن عفان | المحدث : الألباني | المصدر : صحيح الترمذي

Sebab Auntie kata , kami semua dah belajar Al-Quran . Its time untuk kami mengajar pulak untuk jadi sebaik-baik manusia . Allah Allah .
Okay guys , ni jela serba sedikit ceita pasal Auntie . Banyak kali sebenarnya sebab Auntie bukan calang-calang orang . Pada aku beliau memang antara hamba Allah yang dipilih untuk dekat dengan Allah . Semoga kita semua juga dipilih untuk menjadi salah seorang yang dekat dengan Allah Tuhan kita . Allahumma Amin !~

Wednesday, October 30, 2019

KEMATIAN SULLI (fx) YANG MENGGANGGU AKU !


Suatu hari Notification telefon memberi isyarat .

Seperti biasa setiap hari ada saja berita-berita menyedihkan hati yg timbul dari noti bar tu . Hari ini , berita anak bunuh mak , esok pula kawan tikam kawan . Berbagai masalah iman dan jiwa ummah . Hanya mampu mengeluh dan berdoa semoga Allah terus pegang hati-hati manusia yg mencari-cari kasih sayang dan rahmatNya .




Aku yakin Allah takkan biarkan hamba yg betul-betul ingin kasih sygnya hanyut dek arus fitnah akhir zaman ini !

Suatu hari , 'pop-up' berita salah seorang artis Korea meninggal . Apabila diteliti khabarnya beberapa hari selepas bedah siasat , rupanya punca kematian ialah BunuH Diri . La haula wala quwwata illa billah .

Ya , aku juga mengetahui bagaimana realiti masyarakat Korea yg selari dengan masalah 'mental diorder' atau 'depression' .

SULLI - CHOI JIN RI 


Jujurnya aku tak boleh move on dengan orang yang mengakhiri hidupnya sendiri . Apa yg difikirkan nya ? Mereka tidak ingatkah orang2 yang masih menyayangi mereka sepenuh hati .
Entahlah , kita takkan tahu masalah dalaman seseorang tu.

Semestinya , aku berfikiran bunuh diri ni hanya berlaku pada orang2 yg imannya tidak ada . Pendek kata , org bukan islam la . Sangkaan aku silap , yang dinamakan manusia itu pasti ada fitrahnya . Muslim juga tidak lari dari istilah "murung" atau 'depression' ni !

Ya , aku setuju murung ini salah satu fitrah manusia . Yang dinamakan manusia ini ada emosi , perasaan dan jiwa . Untuk murung juga manusia punya hak itu . Cuma , bagaimana kita melawan dan mengurus aura negatif dan hitam ini.

Di sini , aku bermuhasabah , bermonolog sendirian .

"Bersyukur lah Dina . Hang tu Allah pilih ada iman , ada islam . Tak cukup lagi lahir dalam keluarga yang baik2 , keturunan yang baik2. ALHAMDULILLAH ! Segala puji bagi allah ."

Kalau USTAZ EBIT LEW , beliau suka sebut . "sebab Allah sayang , sebab Allah sayang " .

Mana tidaknya , beliau muallaf. Pasti beliau merasai perbezaan sebelum berjumpa cahaya dan ketika sudah jumpa Nur Iman dan islam itu . Pastilah lafaz syukur yg tak henti2 keluar dri mulut .

Satu jawapan yg aku dapat , setelah merenung kejadian-kejadian bunuh diri ini ialah TUJUAN !

...........................................................................................................................................................

TUJUAN !

Manusia ni kalau tidak ada tujuan dalam melakukan sesuatu perkara , pasti kecundang .
Korang setuju ? Atau ada yang membantah ? Let me know in the comment section okay !

Sebab aku sendiri sebagai manusiawi ada rasa macam tu . Sebab tu , Islam mengajar kita apa tujuan kita hidup di atas dunia ni . Tidak lain tidak bukan untuk mengabadikan diri kepada Allah subhanahu wa taala .

Ikut perintah , Tinggal larangan 

Contohnya , mak kau suruh kau pergi kedai beli plastik sampah kat kedai . Pastu kau macam bebal taknak pergi la kononnya kau sibuk ke , nak main PUBG ke . Tapi , dalam kebebalan kau , kau pergi jugak sebab kau tahu yang derhaka mak ayah tu berdosa ! Masuk neraka weyh !

Disebabkan kau sedar , kenapa kau kena turut mak kau jugak at the end kau pergi gak beli plastik sampah . Dengan relanya kau mengorbankan game kau tu . Tambah pulak , kau dah nak menang time tu .... Perghhh

So , tu lah tujuan ..

Contoh lagi , kita belajar tinggi-tinggi . Jauh-jauh ... sebab apa ? 
Boleh je aku nak duduk rumah goyang kaki macam takde kerja tu . Makan anggur puas-puas kan..

Bila kita tau kita belajar sebab suatu kewajipan , nak jadi pandai , nak ada masa depan , yang paling penting .. Nak redha Allah dan mak ayah kita . Secara automatiknya , kita akan struggle . 
Struggle orang macam-macam .. Kau jangan nak judge kawan sebelah katil kau pulak ! HAha 

Thats my point ,

Once kita letakkan goal , hadaf , tujuan ... Kita akan nampak kemana kita nak pergi . Kita akan nampak ke arah mana kita nak tuju . Kita akan nampak jalan apa yang kita akan pilih !

Last sekali , iringkan setiap pilihan kita dengan doa kepada Allah . Moga-moga Allah redha dan bimbing kita dengan keberkatan ....

Banyak yang aku kaitkan adalah tujuan keduniaan semata-mata . Kita ada tujuan akhirat kita . Tujuan di dunia sana . Apa persediaan kita ? 

Now , talk to yourself ..

**Allah takkan saja-saja cipta kehidupan melainkan ada tujuan dan manfaat .
Lebih-lebih lagi manusia . ciptaaan Allah paling sempurna . MasyaAllah !

Rahmat Allah tu luas , jangan pernah putus asa dan selalu berbaik sangka denganNya.

Tuesday, October 29, 2019

SETELAH 4 BULAN TAK MENULIS ..

Bismillah WalHamdulillah !



Assalamualaikum dan Hai guys.. Lama juga aku menyepikan diri untuk tulis blog ni , dalam tiga ke empat bulan mungkin . Sebab kekangan masa dan aku takdak Laptop wey kat Mesir ni . Aku tak bawak so , aku pinjam yang orang punya ja . hahaa

Now , bermula sem baru untuk tahun baru dan Alhamdulillah aku berjaya naik tahun . Ampa jangan nak samakan Al Azhar macam Uni Malaysia . Its totally different !

Azhar ni macam survival tau tak . Tambah mula sem ni macam sistem depa tukar lagi . Aduuuuu pening kepala ni ha . Kami mana ada nak guna sangat sistem komputer macam hampa2 tu . Di sini , banyak lagi urusan yang menggunakan kertas . 

Tapi , dalam kesusahan , kerumitan dan kepayahan . Inilah keunikan Mesir . Kalau orang balik bangga dengan gelaran 'AZHARIY' . Pada aku , bukan sebab natijah (result) periksa lulus ka apa ka . Its more about the life that we are facing here . Huhu.

Sebab tu orang kata , siapa yang panas baran la kurang penyabar , cepat melenting tu . Ha ! elokla datang sini . Tobat hilang baran dia ! 

Kau akan jadi ' ahsan nas ' kat sini tau . Arab suka panggil orang melayu dengan gelaran sebaik-baik manusia . Mungkin juga sebab tempias dek graduasi Azhar dulu-dulu yang sangat menjaga adab dan tata susila di negara orang .

Atau ,

Sampai sekarang melayu ni memang malas nak gaduh balik ja . Hahaha
.
.
.
.
.
Sekarang ni aku sibuk dengan mengajar Al-QURAN di bawah naungan Auntie Aisha , guru Al Quran aku secara langsung . Boleh aku nak anggap beliau sebagai MURABBi aku sebenarnya . Banyak benda aku belajar dari beliau terutama cintakan Al -Quran !

Nanti bila-bila InshaAllah aku ceritakan peribadi beliau . Aku dah dapat approval pon . 
.
.
.
Blog kalini lebih kurang aku nak update ja la kenapa lama aku menyepi . Banyak ja kejadian yang berlaku sehari-hari .

So , esok InshaAllah . Aku akan tulis tentang SULLI yang mengganggu aku sampai lah harini .. huuuuu

Kematian dia sangat membuatkan aku tak habis fikir ! 


Monday, April 29, 2019

HINA SANGAT KAH JADI ANJING MESIR ?!


Bismilllahi walhamdulillah ..
Wassolatu wassalamu ala rasulillah


Hari ni ada pengalaman menarik yang aku nak kongsikan . Yala tajuk pon dah pasal anjing , jadi anjing lah benda yang aku nak cakap ni . 😅

Mesir ni sebuah negara yang pada aku banyak la anjing jalanan dia , dan dia takdala macam US ka UK ka, ada orang dok tangkap anjing jalanan , anjing terbiar apa semua . So , kat sini kalau sentiasa dengar nyalakan anjing tu biasa .

Walaupun anjing sangat banyak dan bersepah kat sini , Allah Taala Maha Adil .. Anjing sini tak kacau orang , depa sangat blur  , noob , nerd .. berasa kalau bagi pakai spek mata kat depa memang lagi terserlah ke 'noob' an tu !😆

Tapi , memang anjing dia noob la daripada anjing di Malaysia , kebanyakan orang kita masih terbawa-bawa takut ngan anjing tu . Mungkin sebab dah terbiasa dengan persekitaran kita di Malaysia yang bermazhab Syafie bahawa anjing itu najis dan haram untuk menyentuhnya tanpa tujuan .

Kalau ampa mengaji dengan lebih mendalam , banyak lagi perbahasan anjing ni yang tak mungkin aku nak kongsikan kat sini sebab letih  wey nak taip bebanyak !

Cerita dia ,.....

Sebelum tu , aku memang ada 'CYNOPHOBIA' (takut pada anjing) , so walaupun anjing tu baik tara mana pon , comel tahap apa pon , memang aku takut . Tapi dok sini aku cuba 'behave' la .. Bagi kurang sikit takut tu .

So, pagi ni macam biasa pi kelas qiraat setiap pagi pkul 5 . Gelap-gelap dah keluar rumah bersama housemate aku 2 orang . Musyrif-musyrif jangan mention kat sini . Sebab sapa dia nak jadi musyrif tengah2 pagi buta !😏 so, anjing2 jalanan lah musyrif kami . Hahah !

Okay , habis kelas tadi berbetulan hari khatam untuk qiraat kalini , tugas aku dan wawa la pi ke suq untuk beli bahan mentah masakan . Suq tu dekat ja ngan rumah 'Aunty Aishah' tempat ngaji kami .

Di simpang dekat ngan Ruwak Jawi di hati tu , ada la seekor anjing putih semua badan dia dengan jalan guna 3 kaki sebab kaki kiri dia belah depan tu nampak macam lepas kena langgar ka kena tindih macam tu la. Tindih kereta la , takkan kena tindih jin kot !😅

Pastu dia berhenti duduk kat tepi divider tu , (tiba2 aku dok terbayang2 dia😓) .

Aku nampak la dia dalam kesakitan sebab kena langgar wey ! Ada la niat nak tolong tu tapi takutttt . Pastu aku nak cari tanah mana nak samak tangan aku . Aku rasa macam syaitan dok bisik2 kat aku sebab time tu banyak sangat benda aku pikiq !😔

Aku ngan wawa pun dok tenung la anjing tu dengan perasaan belas kasihan . Rasanya anjing tu dia respon dengan riak wajah aku , yang dia terus bangun nak meluru ke kami . Malangnya kami terus percepatkan jalan nanti kalau lari dia ligan (kejar) pulak . Lupa yang kaki dia dok sakit .

Sedihnya , aku teringin nak tolong tapi taktau macam mana .. Dalam keadaan kami larikan diri tu kami berhenti dan pusing sekali lagi kat anjing tu , dia terus macam merengek . Mungkin sedih dengan attitude kami ditambah dengan kesakitan dia 😖.

Aku terus teringat jawapan kepada soalan ..

"Ustaz , kenapa ALLAH ciptakan anjing dah kalau kita haram nak pegang dia ?"

Jawapannya aku akan kongsikan di bawah nanti ,

Aku pon nak cerita la sekali tu penah dok berbincang isu anjing ni ngan adik aku . Of kos la adik bawah aku , kalau adik bongsu aku tu cerita pasal avengers dia taw la😑.

Aku tanya dia kenapa Allah cipta kalau kita tak boleh belai dia , pegang dia ..

Adik aku jawab , dia guna dalil ma'qul la (logik) . Dia kata ..

"kak , cuba hang fikir balik kan , anjing ni dia dah la paling faham bahasa manusia , tak sombong macam kucing nasib cute ja , tapi Syariat tak bagi layan dia macam kita layan kucing . Tapi of kos la kita kena ihsan dengan semua binatang termasuk anjing . Takpala kak , ikut ja apa syariat dah kata"

Lebih kurang macam tak terjawab pun persoalan aku , yala aku bukan tanya pada ahlinya . Tapi sedikit sebanyak fakta yang adik aku kongsikan membuatkan aku lebih tertanya-tanya . Betul jugak , depa dahla sejenis binatang yang paling reti berkhidmat untuk manusia tapi dibolehkan guna depa dalam beberapa hal sahaja .

Jawapan kepada persoalan entah sapa kepada ustaz tu (aku pun tak ingat dari mana aku dapat) ,

Makhluk ni Allah cipta atas muka bumi ni mesti ada sebab , sama la anjing dan babi . Pendeknya , semua sebagai ujian untuk kita hamba Allah yang hanya menumpang di muka bumi dan tidak ada hak sama sekali untuk mempertikai hukum Allah .

Jawapan ni dikuatkan lagi dengan cerita Ustaz Nazrul Nasir di kuliah itu hari , bagaimana kisah pengharaman anjing ini. Ustaz cerita , suatu hari Nabi s.a.w tak perasan yang ada seekor anjing di bawah katil nabi s.a.w dan anjing itu milik jiran nabi s.a.w . Hari tu pulak sepatutnya hari Nabi s.a.w menerima wahyu daripasa Saidina Jibril a.s .

Tapi haritu tiba2 , Saidina Jibril terlambat dan Saidina Jibril tak pernah terlambat pun sebelum ni . Lalu Nabi s.a.w hairan dengan kelewatan Saidina Jibril . Kemudian , Nabi s.a.w keluar rumah rupanya Saidina Jibril ada di luar rumah baginda s.a.w .

Rasulullah s.a.w pun bertanya kepada Saidina Jibril kenapa tunggu di luar , Saidina Jibril beritahu bahawa ada anak anjing di dalam rumah  baginda dan sebab itulah Saidina Jibril enggan masuk ke rumah nabi s.a.w.

Diceritakan bahawa ketika itu , terlintas dalam hati Nabi s.a.w untuk  menghapuskan anjing di seluruh muka bumi kerana menghalang malaikat rahmat untuk ke dalam sesuatu tempat yang ada anjing disitu . Allah terus menegur Nabi s.a.w bahawa jika satu qaum dihapuskan dalam muka bumi ni , lebih kurang bahasa mudah dia ekosistem bumi ni akan terganggu .

 Aku cerita dengan bahasa aku ja la yek ..

Sebab tu yang ada hadis Nabi s.a.w yang mengatakan malaikat rahmat tidak akan masuk ke dalam rumah yang ada anjing , patung sembahan. Wallahua'lam.

Kesimpulannya , jangan disebabkan kita takut dengan suatu binatang atau makhluk , kita keji dia , kita benci dia . Seharusnya kita bersyukur kerana keberadaan mereka untuk berkhidmat kepada manusia . Mungkin tak berkhidmat kat hang tapi berkhidmat untuk orang lain .

Banyak kisah salafussoleh yang masuk syurga hanya kerana beri minum seekor anjing . Ada jugak kisah wanita yang masuk neraka kerana menyeksa seekor kucing .

Jadi , sayangilah makhluk sebagaimana kita menyayangi diri kita .😇


Thursday, March 28, 2019

ARAB NI BANGSA YANG GANAS KA?!


LAUT ISKANDARIAH WINTER 2019




Apa yang aku boleh kongsikan di sini hanyalah berdasarkan pengalaman aku ketika bermuamalah dengan arab sepanjang aku duduk di Mesir ni ,

Budaya arab sangat berbeza dengan budaya kita . Yela , tak berbeza apalagi .. benua pon jauh berbeza dah 😅 . Malaysia termasuk dalam benua Asia Tenggara , Mesir pulak dalam benua Afrika . Ni aku bagi tau kepada sesiapa yang masih taktau la . Sapa yang dah tau tu angguk-angguk ja la yer ..😆

Aku duduk asrama Anak Negei Kedah kat sini untuk masa setahun ja . Masuk tahun 2 aku terus pindah keluar ke rumah sewa . Bukan apa , nak bagi laluan saja kepada adik-adik yang baru mai sini. Ikutkan hati tu nak ja duduk asrama sampai tahun 4. Ikutkan hati aku , nak sewa ja syaah 8 tu .. Depa semua dah macam family aku kat sini. Haaha 

Susah payah dok sini membuatkan aku ngan kawan-kawan aku sampai terfikir nak jadi anak Dato' Aliff Syukri . Kadang tu jeles tengok pelajar Brunei , Singapura kat sini . Sebab hidup depa kat sini memang banyak senang la nak dibandingkan dengan pelajar Malaysia . Walaubagaimanapun , kalau kita yang Malaysia ni nak dibandingkan dengan pelajar Somalia ka Uyghur ka Afghanistan ka .. Bersyukur banyak la.. Kita lagi senang dari depa .!

Okay , kat mana tadi ?? Oh ya ! Rumah sewa ...

Alhamdulillah , jiran-jiran 'imarah (apartment) aku baik2 semua . Tuan rumah pon sama , paham dalam bab2 ijarah (sewa) ni . Sebab kat sini ramai jugak yang ambil kesempatan tergadap pelajar wafidin dan wafidat (foreigner) . Mentang-mentangla kami mai sini menumpang ja . Layan pon lebih kurang ja . Tapi, aku tak la kata semua arab ni jahat .. Just certain orang ja .. yang baik still baik .!

Arab ni sebenarnya banyak sangat yang aku kagum ngan depa .

 Antaranya :

Depa ni memang adat nya hafal Al-Quran dari kecik , ini adalah satu benda yang aku sangat jeles . Kadang depa mai tanya aku kenapa ampa tak hafal Quran ? Aku pon sampai tak tau nak jawab apa sebab nak buat macam mana , masyarakat kita masih kurang kesedaran tentang menghafal kalam Allah ni .

Ada sekali tu , time cuti winter aku pergi trip ke Alexandria atau nama arabnya ISKANDARIAH . Hari last trip tu kami ke pantai , even sejuk gila air laut tu tapi peduli apa an .. nak main gak ayaq .. Sebab aku sangat suka air , walaupun kecik2 dulu hampir lemas beberapa kali . Aku tak serik wey !!

Takpala, tengah dok main2 ayaq tu .. Datang la dua orang mama (ibu2 arab kat sini kami panggil mama) tegur lah kami kanak-kanak riang ribena ka sirap ka yang tengah syok dok  main ayaq tu . 
Depa ni kalau nampak pelajar wafidin macam kami depa suka speaking . Kita punya jauh-jauh mai study sini nak cakap arab ngan depa , depa jumpa kita nak cakap english pulak .. what the ??! haha

Mama : Kamu tinggal di sini atau mai bercuti ?
Kami : bercuti sahaja ..hehe
Mama : Kami sangat seronok bila ada orang luar yang datang ke negara kami .
Kami : ya ya (tataw nak respon apa ) 

Mama tu berniqab dan berjubah hitam , serba hitam la pendek  kata ! Beliau cerita la kat kami keindahan alam ni sambil dikaitkan dengan ayat-ayat Allah .

Tiba-tiba mama tu tanya ,

Mama : Ampa hafal tak AL-Quran ?
Aku : Hafal .. tapi bukan semua surah . Hanya surah tertentu ja ( tu pon aku tak mention lagi surah2 yang aku dah lupa , Al-Fatihah untuk diri sendiri )
Mama : Kenapa ?? Kenapa ampa tak hafal Al-Quran ??! 

Nada dia agak tak puas hati .. Hmm , so..kami pon dapat pesanan la daripada mama tu . Time tu aku just fikir yang Allah nak tegur melalui mama tu ja .

Mama : Kenapa tak hafal Quran ?.. Kita kan orang islam , islam tu dia ada syiar (lambang) dia sendiri dan Al-Quran tu lah syiar kita . Kalau  bukan kita yang nak hafal , siapa lagi ? Al-Quran ni bukan untuk kami sahaja (bangsa arab) , bahkan untuk kita semua . betul tak ?

Kami just angguk dan tunduk malu ja la . Nak kata apa lagi ... Hmm 

Aku kadang-kadang nak salahkan mak ayah aku , kenapa tak ajar aku hafal Quran dari aku kecik !

Takpa , tak elok salahkan mak ayah .. macam aku cakap la masyarakat kita masih kurang kesedaran . Apa kita tau , budak pondok ja la hafal Quran , budak tahfiz ja la yang hafal.

Ubahlah mentaliti tu .. So, aku akan make sure anak-anak aku nanti semua hafal Quran .. insyaAllah amin .

So, itulah salah satu benda yang aku sangat kagum ngan arab ni .. Act, banyak lagi ..
Antaranya , bulan Ramadhan di sini sangat hidup dan menghidupkan jiwa-jiwa kosong dan hati-hati yang mati . Serious tak tipu !

Tahun lepas aku menyesal sangat sebab balik Malaysia seminggu sebelum raya yang mana adalah ketika tu , 10 malam terakhir . Kau tau2 la masjid kat Malaysia macam mana malam2 terakhir tu , syahdu ..sepi, lonely semua kemurungan ada . Kat sini , semua orang berebut beribadah , berebut buat amal baik . MasyaAllah .. tak sabar pulak Ramadhan nak menjenguk kita lagi tahun ni , Moga kita semua dipanjangkan umur untuk menyambut ramadhan .

Takpala , aku dah tak larat nak taip panjang2 . 

Kesimpulannya , even kita tak boleh nak hafal Al-Quran .. At least , kita baca la setiap hari . Baca dan hayati .

So, untuk kawan-kawan aku yang dah bergelar hafizah , beruntunglah kalian dan andalah role model untuk kami yang tak bergelar hafizah . Apa-apapun , guru aku cakap , (Al-adab fauqo al-ilm) - adab tu lebih tinggi darjatnya daripada ilmu .

p/s : Renung2kan dan selamat beramal ! 😉

**macam biasa kalau ampa dan baca , wajib tinggalkan komen supaya aku terus bersemangat nak tulis blog ni . Apa2 pendapat dan pesanan sangat digalakkan. Tinggalkan pesanan anda atau teguran samada untuk saya sekalipun di ruangan komen , syukran 💖 

Nantikan penulisan seterusnya daripada #Akupelajarmesir

Tuesday, March 26, 2019

PERGI KE FESTIVAL NASYID MAHASISWA MESIR 2019



Aku ni kalau orang tak ajak nak join satu2 program tu , memang aku payah la nak 'parcitipate' . So, semalam ni .. Tengah dok melayan perasaan menggalak and aku berterima kasih kat kawan aku yang aku panggil dia 'pah' sebab sudi layan mood galak aku. Haha ..

So, tetiba 'pah' ajak aku pi ke FNM (FESTIVAL NASYID apabenda tah M tu ?) . Aku pon macam okay ja la nakpi . Tupon sebab housemate aku ada yang on . So, aku ngan WAWA decide nakpi la malam tu. Housemate aku yang lain apalagi , pakat 'order' wey menu makanan yang depa juai kat bazar semalam !

Roti John tak roti john, kuih pau la , seri muka la .. Hahah ..

Act , apa yang membuatkan aku semangat nakpi pon sebab makanan gak . Sebab ada lepat pisang .. Kebuloq wey ! sebab balik Malaysia tahun lepas tak tercapai hasrat aku . Ni silap-silap kalau aku mati , tergantung roh aku sebab tak tercapai hasrat nak makan lepat pisang .. tiberrr !!

Nak dijadikan cerita , aku dengan wawa decide nakpi asing ngan pah . Kami nakpi naik 'uber' ja , pah pulak nak naik tremco (sejenis van angkut) ja ke 'asyir . Program tu buat di dewan 'American Language School'  sebab dia ada macam stage kan . So, macam 'grand' la gitewww..

Bila 'uber' sampai ja , tak banyak cakap  pon ngan 'ammu (pakcik driver uber) tu , 

"location mathbut (location dan ditetapkan)"

Selalunya aku bila naik uber , aku suka sembang ngan driver uber tu . Tapi , tengok gakla jenis driver tu . Kalau dia jenis ramah , aku pun ramah la . Kalau dia just nak buat kerja dia ja , aku pun malas nak cakap banyak . Karang dia bawak kereta stress , aku jugak yang bersalah . tiberr lagi !!

Sambung .. ka ampa malaih dah nak baca wey ? jangan arrr... sambung gak baca eh 😜

Maka , sedang kami menaiki uber tu .. Aku tak berapa cam sangat taw sekolah tu . alamatnya terlajak lah sehingga masuk ke hati awak ! (hambar kay hambar 😐) its okay , abaikan chia chia aku yang tak menjadi tu . Apalagi , 'ammu tu terlepas jauh wey.. Nasib tak sampai 'asyir lagi . So, naseb ada pakcik google , dia la yang tunjukkan ke jalan yang benar. 

Okay , dah sampai ja kat depan pintu sekolah tu , aku ngan wawa terus masuk dalam . Okay , ampa bayangkan eh aku yang just pakai kain hitam , tshirt muslimah labuh hitam bertuliskan 'ruwaq jawi'  dipadankan dengan tudung bidang turki merun , sarunglah blazer jugak sebab musim 'spring' , so masih sejuk kat sini . Dengan galas beg 'quechua' tu kat belakang , gantung kamera 'CANON' yang kaler merah tu kat tengkok , satu lagi 'slingbag' . Aku sebijik macam 'reporter' malam tu . And guess what , semua orang yang aku kenal semua cakap macam tu .!

Yang paling win tu aku sampai sama pulak tu ngan geng nasyid KEDAH (ittihad) . Nasebla dalam grup tu takdak sorang kenal aku . Kalau tak , nak soqok muka kat celah mana wey ! Aku pon acah2 la jadi cameragirl malam tu . 

Sebelum masuk dewan , aku ngan wawa decide nak beli makanan dulu la sebab tiket kami kat pah and pah belum sampai . Time tu macam , pah buat lawak apa ni . Hhaha .. Sebab time kami dah sampai tu pah tak dapat tremco lagi . Membeli makanan adalah 'mission' utama sebab termasuk aku yang nak semua makanan2 tu campur dengan semua yang 'housematessss' aku order . Memang borong habes arrr .... 😅

Alhamdulillah Pah dah sampai . Act, aku macam segan la jugak beli kat gerai ustaz2 tu . Sebab gerai dia macam kecik taw pastu dekat2 . Jujurnya aku agak awkward dan malu . Rasa macam mata2 lelaki memandang ke arah aku . Of Course bukan sebab aku segak ka lawa ka apa .. sebab gaya aku yang macam reporter rasanya . Pasrah ja la .. (muka buruk perasan ja orang tengok hang dina oi!)

So, mengankut la segala jenis kuih muih tradisi melayu yang aku dan housemates aku mengidam ke dalam dewan yang aku terpaksa duduk belakang sekali , yang mana dekat gila ngan geng nasyid. Kalih2 belah kanan ..... ambik hang Ittihad wey ! Sekali lagi eh , nasib takdak yang kenal aku ..Fuhhh.. Aku rasa macam aku adalah makcik reporter yang masuk dewan nak menega kuih wey malam tu . 

So , enjoy la nasyid malam tu walaupun sebenarnya paling penting kita ambil apa mesej yang nak disampaikan dalam intipati lirik nasyid tu . Aku still teringat saudara2 kita di GHAZZAH yang baru sangat kena serang .. Apa khabar ISMAIL HANEYYAH ? Aku tataw lah kenapa takdak sumber yang bagi khabar pasal beliau , kan pejabat beliau yang diletupkan .. Barangkali masih hidup , InsyaAllah ..

Aku percaya yang nasyid adalah salah satu cabang dakwah . Tapi, kadang tu satu benda yang aku kesalkan munsyid (org yang nyanyi tu) gagal menjadi role model dalam menyampaikan lirik dakwah. Aku tau la semua orang tak perfect , tapi kebanyakannya macam tu . Aku duduk dalam arena nasyid ni tak la lama sangat . Adala dalam 5 ke 6 tahun tu tak campur aku sekolah rendah lagi . Sebab tu , selalunya time aku berlatih ngan adek2 nasyid aku , aku akan briefing ngan depa lirik nasyid . Bagi ada hadaf (tujuan) la kita nak dendangkan nasyid kat orang . Bukan just sekadar pertandingan atau musabaqah!

Aku harap sangat orang-orang yang Allah anugerahkan suara sedap kat luar sana , manfaatkan nikmat yang Allah kurniakan kepada anda . Bagi ummat terpegun dengan suara anda di jalan Allah Taala ..apa ayat aku ni? haa macam tu laa lebih kurang .. Sekian pesanan khidmat masyarakat :)

So, tu ja aku nak kongsi .. ampa ni cuba tinggal komen sikit kat bawah , baru la aku tau ampa baca ka dak .. bubuh 'thumb up' pon takpa dah ..ngeeee👍 nak boh thumb down pon takpa aih 👎  asalkan komen 🙏

sekian wassalam daripada Mesir 💜

p/s : Tahniah kepada ITTIHAD (Kedah) berjaya merangkul NAIB JOHAN . Hidup Jelapang Padi!