![]() |
| LAUT ISKANDARIAH WINTER 2019 |
Budaya arab sangat berbeza dengan budaya kita . Yela , tak berbeza apalagi .. benua pon jauh berbeza dah 😅 . Malaysia termasuk dalam benua Asia Tenggara , Mesir pulak dalam benua Afrika . Ni aku bagi tau kepada sesiapa yang masih taktau la . Sapa yang dah tau tu angguk-angguk ja la yer ..😆
Aku duduk asrama Anak Negei Kedah kat sini untuk masa setahun ja . Masuk tahun 2 aku terus pindah keluar ke rumah sewa . Bukan apa , nak bagi laluan saja kepada adik-adik yang baru mai sini. Ikutkan hati tu nak ja duduk asrama sampai tahun 4. Ikutkan hati aku , nak sewa ja syaah 8 tu .. Depa semua dah macam family aku kat sini. Haaha
Susah payah dok sini membuatkan aku ngan kawan-kawan aku sampai terfikir nak jadi anak Dato' Aliff Syukri . Kadang tu jeles tengok pelajar Brunei , Singapura kat sini . Sebab hidup depa kat sini memang banyak senang la nak dibandingkan dengan pelajar Malaysia . Walaubagaimanapun , kalau kita yang Malaysia ni nak dibandingkan dengan pelajar Somalia ka Uyghur ka Afghanistan ka .. Bersyukur banyak la.. Kita lagi senang dari depa .!
Okay , kat mana tadi ?? Oh ya ! Rumah sewa ...
Alhamdulillah , jiran-jiran 'imarah (apartment) aku baik2 semua . Tuan rumah pon sama , paham dalam bab2 ijarah (sewa) ni . Sebab kat sini ramai jugak yang ambil kesempatan tergadap pelajar wafidin dan wafidat (foreigner) . Mentang-mentangla kami mai sini menumpang ja . Layan pon lebih kurang ja . Tapi, aku tak la kata semua arab ni jahat .. Just certain orang ja .. yang baik still baik .!
Arab ni sebenarnya banyak sangat yang aku kagum ngan depa .
Antaranya :
Depa ni memang adat nya hafal Al-Quran dari kecik , ini adalah satu benda yang aku sangat jeles . Kadang depa mai tanya aku kenapa ampa tak hafal Quran ? Aku pon sampai tak tau nak jawab apa sebab nak buat macam mana , masyarakat kita masih kurang kesedaran tentang menghafal kalam Allah ni .
Ada sekali tu , time cuti winter aku pergi trip ke Alexandria atau nama arabnya ISKANDARIAH . Hari last trip tu kami ke pantai , even sejuk gila air laut tu tapi peduli apa an .. nak main gak ayaq .. Sebab aku sangat suka air , walaupun kecik2 dulu hampir lemas beberapa kali . Aku tak serik wey !!
Takpala, tengah dok main2 ayaq tu .. Datang la dua orang mama (ibu2 arab kat sini kami panggil mama) tegur lah kami kanak-kanak riang ribena ka sirap ka yang tengah syok dok main ayaq tu .
Depa ni kalau nampak pelajar wafidin macam kami depa suka speaking . Kita punya jauh-jauh mai study sini nak cakap arab ngan depa , depa jumpa kita nak cakap english pulak .. what the ??! haha
Mama : Kamu tinggal di sini atau mai bercuti ?
Kami : bercuti sahaja ..hehe
Mama : Kami sangat seronok bila ada orang luar yang datang ke negara kami .
Kami : ya ya (tataw nak respon apa )
Mama tu berniqab dan berjubah hitam , serba hitam la pendek kata ! Beliau cerita la kat kami keindahan alam ni sambil dikaitkan dengan ayat-ayat Allah .
Tiba-tiba mama tu tanya ,
Mama : Ampa hafal tak AL-Quran ?
Aku : Hafal .. tapi bukan semua surah . Hanya surah tertentu ja ( tu pon aku tak mention lagi surah2 yang aku dah lupa , Al-Fatihah untuk diri sendiri )
Mama : Kenapa ?? Kenapa ampa tak hafal Al-Quran ??!
Nada dia agak tak puas hati .. Hmm , so..kami pon dapat pesanan la daripada mama tu . Time tu aku just fikir yang Allah nak tegur melalui mama tu ja .
Mama : Kenapa tak hafal Quran ?.. Kita kan orang islam , islam tu dia ada syiar (lambang) dia sendiri dan Al-Quran tu lah syiar kita . Kalau bukan kita yang nak hafal , siapa lagi ? Al-Quran ni bukan untuk kami sahaja (bangsa arab) , bahkan untuk kita semua . betul tak ?
Kami just angguk dan tunduk malu ja la . Nak kata apa lagi ... Hmm
Aku kadang-kadang nak salahkan mak ayah aku , kenapa tak ajar aku hafal Quran dari aku kecik !
Takpa , tak elok salahkan mak ayah .. macam aku cakap la masyarakat kita masih kurang kesedaran . Apa kita tau , budak pondok ja la hafal Quran , budak tahfiz ja la yang hafal.
Ubahlah mentaliti tu .. So, aku akan make sure anak-anak aku nanti semua hafal Quran .. insyaAllah amin .
So, itulah salah satu benda yang aku sangat kagum ngan arab ni .. Act, banyak lagi ..
Antaranya , bulan Ramadhan di sini sangat hidup dan menghidupkan jiwa-jiwa kosong dan hati-hati yang mati . Serious tak tipu !
Tahun lepas aku menyesal sangat sebab balik Malaysia seminggu sebelum raya yang mana adalah ketika tu , 10 malam terakhir . Kau tau2 la masjid kat Malaysia macam mana malam2 terakhir tu , syahdu ..sepi, lonely semua kemurungan ada . Kat sini , semua orang berebut beribadah , berebut buat amal baik . MasyaAllah .. tak sabar pulak Ramadhan nak menjenguk kita lagi tahun ni , Moga kita semua dipanjangkan umur untuk menyambut ramadhan .
Takpala , aku dah tak larat nak taip panjang2 .
Kesimpulannya , even kita tak boleh nak hafal Al-Quran .. At least , kita baca la setiap hari . Baca dan hayati .
So, untuk kawan-kawan aku yang dah bergelar hafizah , beruntunglah kalian dan andalah role model untuk kami yang tak bergelar hafizah . Apa-apapun , guru aku cakap , (Al-adab fauqo al-ilm) - adab tu lebih tinggi darjatnya daripada ilmu .
p/s : Renung2kan dan selamat beramal ! 😉
**macam biasa kalau ampa dan baca , wajib tinggalkan komen supaya aku terus bersemangat nak tulis blog ni . Apa2 pendapat dan pesanan sangat digalakkan. Tinggalkan pesanan anda atau teguran samada untuk saya sekalipun di ruangan komen , syukran 💖
Nantikan penulisan seterusnya daripada #Akupelajarmesir

No comments:
Post a Comment