Monday, April 29, 2019

HINA SANGAT KAH JADI ANJING MESIR ?!


Bismilllahi walhamdulillah ..
Wassolatu wassalamu ala rasulillah


Hari ni ada pengalaman menarik yang aku nak kongsikan . Yala tajuk pon dah pasal anjing , jadi anjing lah benda yang aku nak cakap ni . 😅

Mesir ni sebuah negara yang pada aku banyak la anjing jalanan dia , dan dia takdala macam US ka UK ka, ada orang dok tangkap anjing jalanan , anjing terbiar apa semua . So , kat sini kalau sentiasa dengar nyalakan anjing tu biasa .

Walaupun anjing sangat banyak dan bersepah kat sini , Allah Taala Maha Adil .. Anjing sini tak kacau orang , depa sangat blur  , noob , nerd .. berasa kalau bagi pakai spek mata kat depa memang lagi terserlah ke 'noob' an tu !😆

Tapi , memang anjing dia noob la daripada anjing di Malaysia , kebanyakan orang kita masih terbawa-bawa takut ngan anjing tu . Mungkin sebab dah terbiasa dengan persekitaran kita di Malaysia yang bermazhab Syafie bahawa anjing itu najis dan haram untuk menyentuhnya tanpa tujuan .

Kalau ampa mengaji dengan lebih mendalam , banyak lagi perbahasan anjing ni yang tak mungkin aku nak kongsikan kat sini sebab letih  wey nak taip bebanyak !

Cerita dia ,.....

Sebelum tu , aku memang ada 'CYNOPHOBIA' (takut pada anjing) , so walaupun anjing tu baik tara mana pon , comel tahap apa pon , memang aku takut . Tapi dok sini aku cuba 'behave' la .. Bagi kurang sikit takut tu .

So, pagi ni macam biasa pi kelas qiraat setiap pagi pkul 5 . Gelap-gelap dah keluar rumah bersama housemate aku 2 orang . Musyrif-musyrif jangan mention kat sini . Sebab sapa dia nak jadi musyrif tengah2 pagi buta !😏 so, anjing2 jalanan lah musyrif kami . Hahah !

Okay , habis kelas tadi berbetulan hari khatam untuk qiraat kalini , tugas aku dan wawa la pi ke suq untuk beli bahan mentah masakan . Suq tu dekat ja ngan rumah 'Aunty Aishah' tempat ngaji kami .

Di simpang dekat ngan Ruwak Jawi di hati tu , ada la seekor anjing putih semua badan dia dengan jalan guna 3 kaki sebab kaki kiri dia belah depan tu nampak macam lepas kena langgar ka kena tindih macam tu la. Tindih kereta la , takkan kena tindih jin kot !😅

Pastu dia berhenti duduk kat tepi divider tu , (tiba2 aku dok terbayang2 dia😓) .

Aku nampak la dia dalam kesakitan sebab kena langgar wey ! Ada la niat nak tolong tu tapi takutttt . Pastu aku nak cari tanah mana nak samak tangan aku . Aku rasa macam syaitan dok bisik2 kat aku sebab time tu banyak sangat benda aku pikiq !😔

Aku ngan wawa pun dok tenung la anjing tu dengan perasaan belas kasihan . Rasanya anjing tu dia respon dengan riak wajah aku , yang dia terus bangun nak meluru ke kami . Malangnya kami terus percepatkan jalan nanti kalau lari dia ligan (kejar) pulak . Lupa yang kaki dia dok sakit .

Sedihnya , aku teringin nak tolong tapi taktau macam mana .. Dalam keadaan kami larikan diri tu kami berhenti dan pusing sekali lagi kat anjing tu , dia terus macam merengek . Mungkin sedih dengan attitude kami ditambah dengan kesakitan dia 😖.

Aku terus teringat jawapan kepada soalan ..

"Ustaz , kenapa ALLAH ciptakan anjing dah kalau kita haram nak pegang dia ?"

Jawapannya aku akan kongsikan di bawah nanti ,

Aku pon nak cerita la sekali tu penah dok berbincang isu anjing ni ngan adik aku . Of kos la adik bawah aku , kalau adik bongsu aku tu cerita pasal avengers dia taw la😑.

Aku tanya dia kenapa Allah cipta kalau kita tak boleh belai dia , pegang dia ..

Adik aku jawab , dia guna dalil ma'qul la (logik) . Dia kata ..

"kak , cuba hang fikir balik kan , anjing ni dia dah la paling faham bahasa manusia , tak sombong macam kucing nasib cute ja , tapi Syariat tak bagi layan dia macam kita layan kucing . Tapi of kos la kita kena ihsan dengan semua binatang termasuk anjing . Takpala kak , ikut ja apa syariat dah kata"

Lebih kurang macam tak terjawab pun persoalan aku , yala aku bukan tanya pada ahlinya . Tapi sedikit sebanyak fakta yang adik aku kongsikan membuatkan aku lebih tertanya-tanya . Betul jugak , depa dahla sejenis binatang yang paling reti berkhidmat untuk manusia tapi dibolehkan guna depa dalam beberapa hal sahaja .

Jawapan kepada persoalan entah sapa kepada ustaz tu (aku pun tak ingat dari mana aku dapat) ,

Makhluk ni Allah cipta atas muka bumi ni mesti ada sebab , sama la anjing dan babi . Pendeknya , semua sebagai ujian untuk kita hamba Allah yang hanya menumpang di muka bumi dan tidak ada hak sama sekali untuk mempertikai hukum Allah .

Jawapan ni dikuatkan lagi dengan cerita Ustaz Nazrul Nasir di kuliah itu hari , bagaimana kisah pengharaman anjing ini. Ustaz cerita , suatu hari Nabi s.a.w tak perasan yang ada seekor anjing di bawah katil nabi s.a.w dan anjing itu milik jiran nabi s.a.w . Hari tu pulak sepatutnya hari Nabi s.a.w menerima wahyu daripasa Saidina Jibril a.s .

Tapi haritu tiba2 , Saidina Jibril terlambat dan Saidina Jibril tak pernah terlambat pun sebelum ni . Lalu Nabi s.a.w hairan dengan kelewatan Saidina Jibril . Kemudian , Nabi s.a.w keluar rumah rupanya Saidina Jibril ada di luar rumah baginda s.a.w .

Rasulullah s.a.w pun bertanya kepada Saidina Jibril kenapa tunggu di luar , Saidina Jibril beritahu bahawa ada anak anjing di dalam rumah  baginda dan sebab itulah Saidina Jibril enggan masuk ke rumah nabi s.a.w.

Diceritakan bahawa ketika itu , terlintas dalam hati Nabi s.a.w untuk  menghapuskan anjing di seluruh muka bumi kerana menghalang malaikat rahmat untuk ke dalam sesuatu tempat yang ada anjing disitu . Allah terus menegur Nabi s.a.w bahawa jika satu qaum dihapuskan dalam muka bumi ni , lebih kurang bahasa mudah dia ekosistem bumi ni akan terganggu .

 Aku cerita dengan bahasa aku ja la yek ..

Sebab tu yang ada hadis Nabi s.a.w yang mengatakan malaikat rahmat tidak akan masuk ke dalam rumah yang ada anjing , patung sembahan. Wallahua'lam.

Kesimpulannya , jangan disebabkan kita takut dengan suatu binatang atau makhluk , kita keji dia , kita benci dia . Seharusnya kita bersyukur kerana keberadaan mereka untuk berkhidmat kepada manusia . Mungkin tak berkhidmat kat hang tapi berkhidmat untuk orang lain .

Banyak kisah salafussoleh yang masuk syurga hanya kerana beri minum seekor anjing . Ada jugak kisah wanita yang masuk neraka kerana menyeksa seekor kucing .

Jadi , sayangilah makhluk sebagaimana kita menyayangi diri kita .😇


1 comment:

Unknown said...

Masyaa Allah.Aazhiim