Tuesday, November 5, 2019

KENAPA WANITA TERLALU BANYAK DARAH ?!

Bismillah Walhamdulillah ..

.
.
.
.
Syukur kepada Allah Taala , selama 3 ke 4 hari ini aku berpeluang untuk mendalami sedikit sebanyak tentang salah satu cabang masalah iaitu bab Haidh dan Nifas .

Semestinya , dalam fiqh wanita tidak asing lagi dengan yang namanya darah . Aku pun tidak pasti bagaimana sepanjang kelas ini , ikhwah boleh fokus dan memahaminya . Kami sendiri yang bergelar wanita masih tidak mampu memahami diri kami sendiri . Tidak kira samada dari segi emosi , aqal fikiran dan hal-hal lain . Contohnya seperti bab darah ini .

Tapi , benar ...

Ada hikmah Allah anugerahkan haidh kepada wanita . Aku juga salah seorang yang suka mengeluh bila datang saja bulan . Sebab suuzhon dengan Allah tanpa sedar , sedangkan Allah takkan sia-siakan setiap ciptaannya . Yakin bahawa wanita ini istimewa .

Bukan suuzhon bagaimana , hanya tidak seronok kerana tidak boleh solat , berpuasa dan larangan-larangan ketetapan syara' . Sedang Allah merahsiakan sesuatu yang hambaNya tidak akan tahu !

Sehinggakan di kalangan kawan-kawan aku memang akan mengeluh apabila datang bulan , seolah-olah kami merasakan yang kami makin jauh dengan Allah .

Semakin menginjak remaja dan dewasa , semakin Allah memberi kefahaman itu . Berzikir juga salah satu amalan yang masih boleh dilakukan ketika uzur syar'ie . Selawat ke atas Habibuna Sollallahu alaihi wasallam dan banyak lagi .

Ingat lagi kata-kata asatizah di Maahad dulu , sebab kami suka juga mengeluh di hadapan mereka . Apa yang mereka akan katakan ialah ,

"Walaupun uzur ini melarang kita daripada mendekati ibadah , mengikut perintah Allah untuk cuti dari semua ibadah itu juga suatu ibadah kan ?"

"Allah nak bagi perempuan ni rehat sekejap .. Nanti solatlah , puasalah .."

Ya, hanya akur . Masa tu masih remaja jadi tidak nampak lagi hikmah nya . Cuma pokoknya kita hanya mengikut apa yang syariat telah tetapkan . Dan janganlah kita pandang itu sesuatu yang hina dan jelek .
.
.
.
Allah memberi kistimewaan pada satu-satunya wanita di muka bumi ini yang tidak mempunyai haidh ialah SAIDATINA FATIMAH AZZAHRA' kerana itu beliau digelar AZZAHRA' . Bahkan dikatakan , ketika melahirkan SAIDINA HASAN dan SAIDINA HUSIN juga nifasnya hanyalah se lahzah atau sedetik sahaja . Hal beliau seperti lelaki kerana Allah inginkan beliau beribadah sebanyak banyaknya kepada Allah Taala .
.
.
Cerita Saidatina Hawwa' ibunda kita pulak bagaimana beliau terkena haidh ini apabila suatu hari beliau memerah buah khuldi dan ulama menafsirkan khuldi yang dimaksudkan ialah gandum . Maka Allah berfirman kepada beliau , bahawa Allah akan mengalirkan darah beliau keluar daripada rahim sebanyak aliran perahan gandum yang beliau perah itu . Dan ini semua akan kena kepada semua anak cucu beliau yang perempuan

.
.
 Binatang juga ada yang terkena haidh , tapi tidaklah sama seperti manusia . Wallahua'lam seperti apa yang pasti ada .

Cerita Saidatina Hawwa dan Saidatina Fatimah radiyallahuanhuma in saya dengar sendiri ketika saya menghadiri daurah Al-Amdad Al-Fayyadhah oleh Al Fadhil Ustaz Nazrul Nasir wa nafa'ana bi ulumihi .

Kemudian sampai lah perbincangan dars tentang istihadhah ...

SALAH SATU UJIAN WANITA IALAH ISTIHADHAH


Ya , nak dibandingkan bab haidh dan nifas .. Bab Istihadah paling memeningkan dan menambah kekeliruan semua orang . Kerana terpecah kepada beberapa jenis kalangan wanita juga yang menghadapi istihadah ini .

Jadi Al-Fadhil Ustaz selalu mengingatkan untuk wanita banyak berzikir untuk menjauhi dari terkena istihadah ini , kerana istihadhah ini sangat rumit untuk diuruskan dan ianya dari syaitan berdasarkan hadis NABI S.A.W .

Doakan supaya keturunan kita juga tidak terkena istihadhah ini . Jika ada dari kalian yang terkena penyakit ini , bersabar . Allah ingin menguji kalian dan ingin kalian bertambah dekat denganNya .
.
.
.
Setiap ujian itu tidak lain tidak bukan untuk menambah keimanan dan darjat kita di sisi Allah Taala ~

No comments: