Tuesday, July 7, 2020

Tamparan yang takkan pernah aku lupakan !

Bismillahirrahmanirrahim ..

Allahumma Solli `Ala Sayyidina Muhammad Wa `Ala Alihi Wasohbihi Wasallam ..

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Futur , Down ~

Boleh dikatakan perkataan ini selari dengan dunia dakwah , tidak kira dakwah `in real life or in media . Rasulullah S.A.W juga pernah mengalami futur , manakan tidaknya , yang namanya manusia biasa pasti akan ada perasaan dan emosi .

Aku salah seorang yang suka berdakwah di media or real life . Act, bukan dakwah la .. aku lebih suka guna perkataan `sharing` . Anything , termasuklah positiveness , motivation and knowledge . Idk , aku rasa aku suka macam tu , aku enjoy ! Pada aku , something tu bila kita share dia akan buat kita lebih ingat lama . Dia masuk dalam lone term memory instead of knowledge tu aku save untuk aku saja. But Of Course , tak semua kita boleh share kat orang tambah-tambah kalau benda tu making people got confuse . Kefahaman tu tak semua sama .

-------------------------------------------------



Sambil aku melayan lagu 'CINTA SEMENTARA by The Truth' , aku merenung , fikir ...

Aku dah terkena satu tamparan perit dalam hidup aku berkenaan dakwah in media . Ya , mungkin memang salah aku , ada yang tak kena dengan cara aku . Instead of , ayat-ayat si hamba Allah tu yang membuatkan confident level aku jatuh merudum , terbenam ke dalam bumi yang aku ambil masa bertahun-tahun untuk prepare for it .

Walaupum aku ni bukanlah si `instafamous` yang beribu-ribu followers . InshaAllah , aku tak kejar semua tu .. Cukup sekadar aku try to motivate myself and people arround me . 

Aku ada satu memori dan sejarah hitam masa zaman sekolah dulu. Yup , still tentang dakwah ..
Allahu Akbar ! again , I wanna cry when thats memories come across in my mind !

Pendek ceritanya , masa tu aku Exco Ibadah Asrama dan suatu hari tu Maulid Nabi S.A.W ..
Aku saja nak hidupkan hari yang istimewa tu dan aku arahkan minggu tu untuk semua penghuni asrama amalkan sunnah-sunnah kehidupan yang maybe kebanyakan orang lupa untuk amalkan .

Mestilah , aku briefing dulu kat adik-adik beberapa sunnah kehidupan yang boleh diamalkan , contohnya macam .. Masuk tandas kaki kiri , makan tangan kanan , jangan sembang ramcak sangat . All the day , aku nak semua jadi beradab dengan adab yang diajarkan Habibuna S.A.W . 

Belum habis program haritu , someone said .. Aku ni sesat , ajar adik-adik ajaran sesat ! 
Yang paling sakit tu sebab someone tu is from my friendlist . Dan dia one of my bestfriend .. Kami tidur sekatil, dia sedih dia cari aku , datang dorm aku lepak ... We got awkward lepas dia tau aku dilantik jadi Badan Dakwah . Aku sedih ! Dia taknak cakap dengan aku and even taknak tengok muka aku ! 

You know what, aku tak sure sekarang macam mana .. Tapi . sampai sekarang aku lost contact dengan dia . Aku follow dia guna Ig lagi satu tu pun tak berapa active .. Aku lega tengok dia bahagia sekarang . Alhamdulillah ! 

Hang , kalau hang baca ni , aku nak bagitau aku still sayang hang even hang pernah cakap benda tak elok kat aku , kutuk aku kat belakang .. Its okay, aku anggap peristiwa tu hanya sebagai satu memori dan pengalaman .

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Anuway , aku menangis , dada aku sesak bila aku tau siapa yang cakap aku macam tu . Another thing aku menangis sebab aku terus tringat macam mana Rasulullah S.A.W hadap semua ni . Aku sendiri tak kuat even apa yang kena kat aku ni sikit sangat ! 

Murung aku menyerang dan aku tak habiskan program . Aku just spend time atas katil covering my face and sleep . Sampai aku tak makan , tak jumpa orang .

Tapi , aku bersyukur ada kawan-kawan aku yang pujuk aku . Bagi aku semangat balik .. I am very appreciate that !
-------------------------------------------------------


Walaupun , aku hadap benda ni banyak kali dan dari orang yang dekat atau jauh . Yang namanya manusia itu punya hati dan perasaan . Ujian itu semakin lama semakin hebat dan hati semakin lama kena semakin kental dan kuat , mentaliti kena kebal .

Thats why aku tak rasa aku sedia untuk dunia famous-famous ni . Aku selesa dengan kedudukan aku sekarang . Cukuplah dengan orang-orang yang aku kenal. 

--------------------------------------------------------

Situasi aku tadi , ya .. tamparan kalini agak harsh dan menyakitkan . Macam aku cakap , I dont think aku ada confident again lepas ni . Maybe , I`ll be the old Dina . Nak nangis wey , everytime aku story benda ni .. Aku rasa maruah aku jatuh , tak sangka they think aku macam tu . 'Begitu beraksinya' , ayat ni paling pedih ! 

'niat tak menghalalkan cara' 

aku tau tu , aku sedar aku tak boleh melampaui batas-batas aku sebagai muslimah dan aku akui aku taklah se'solehah' Sayyidatuna 'Aisha R.A , tidak sehebat sebutlah kesemua srikandi-srikandi Islam yang sememangnya merekalah idola dan inspirer aku . 

Tapi , tulaa....

AKU MEMANG TAK SANGKA LANGSUNG SETERUK TU AKU DI MATA MEREKA !


 I have to admit yang dalam lingkungan kawan-kawan aku , aku seorang saja yang media-media ni dan aku at some point tak boleh sangat nak terima opinion depa , I need someone in the same position with me . Yang hadap benda sama macam aku....

Pada aku , peluang bila orang seen story aku . aku nak spread and sharing daripada depa tengok life aku ja kan ? Aku tak kata pon salah nak share life ampa sebab aku pon suka ja tengok kawan-kawan aku happy , pergi jalan-jalan .. experience ..Aku pon boleh tumpang gembira . 

Dan pada aku , bila aku berkawan aku kena jaga bonding and friendship tu . Tak kirala lelaki ke perempuan , bukannya aku langgar batas ikhtilat . Nak atau Tak , ikhtilat tetap akan ada even in real life . Cumanya , the way we handle it !

Sejujurnya , harini dah masuk hari ketiga mungkin selepas kejadian ni dan aku still tak boleh move on . Kat rumah ni pon aku just terperap dalam bilik , kalau keluar pon tak sembang sangat dengan family aku . Just acting normal ..

Perasaan bercampur baur , aku tak tau nak buat apa sekarang .....




No comments: