Friday, July 10, 2020

BERSAING vs BERSYUKUR~

Bismillahirrahmanirrahim ~

Allahumma Solli `ala Sayyidina Muhammad wa `ala Alihi Wasohbihi Wasallam..



-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Indahnya Islam ini tidak mengajar muslim itu untuk kejar dunia melainkan redha Allah saja di penjara dunia ini. 

Aku suka juga melihat bagaimana kehidupan seseorang muallaf , atau seseorang 'not yet muslim' , bukan untuk angkuh menuduh mereka dalam kesesatan atau mungkin bukan rezeqi mereka lahir untuk mengenal Islam sebaliknya meronta , mencari cahaya itu sendiri dek sikap muslim yang bukan kesemuanya boleh dijadikan contoh terhadap muallaf atau 'si non yet muslim ' tadi . Tidak perlu sebut manusia yang lahirnya dalam Islam kemudian jauh lalai dari cahaya ketenangan..

Kerana itu , lihatlah Islam itu bukan pada Muslim nya , tapi lihatlah pada ajarannya~


Jika diteliti , sebenarnya hidup mereka dari kecil itu diajar untuk bersaing . Siapa yang akan paling berjaya di dalam dunia yang fana ni . Ada antara mereka mempercayai bahawa 'reinkarnasi' itu karma dari kehidupan mereka sebelumnya . Jika di kehidupan kau yang dulu baik , maka di kehidupan akan datang atau sekarang kau akan hidup dalam nikmat dan kekayaan atau kebahagiaan . Jika kehidupan kau yang dahulunya jahat atau kau berbuat buruk terhadap orang lain , maka di kehidupan akan datang kau akan hidup sebagai seorang yang miskin atau sebagai seekor keldai . 

Dalam agama Islam dan Kristian menolak kepercayaann tersebut . Manusia itu hanya diberi satu kehidupan dan gunalah sebaik-baiknya . Kalaua tidak , masakan Al-Quran banyak menyebut betapa ramainya manusia yang menyesal dan merayu memohon kepada Allah untuk balik ke dunia dan ikut semua ajaran dan peringatan dari Rasul-rasul yang Allah utuskan ?

Tapi , yakinlah bahawa Allah itu Maha Pengasih Maha Penyayang . Allah lebih sayangkan hambaNya melebihi seorang ibu menyayangi anaknya . Allah lebih mengasihi kita melebihi seorang guru yang kasih akan anak muridnya . 

Hidayah Allah itu ada , Petunjuk untuk kita selalu dekat kepada Allah itu selalu ada , cuma kita yang selalu lupa dan leka . 


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Disebabkan kita susahkan nak pisahkan dunia dari hati kita , mari baca tulisan aku kalini  dan berfikir sejenak ......~


Dalam dunia ni kita pelbagai manusia dan makhluk . Kita percaya bahawa kesemua perbezaan yang tercipta di sekeliling kita ini pasti ada mesej yang Allah selalu nak ingatkan kita . 

Salah satu mesejnya ialah  Allah nak tunjukkan kekuasaan Allah Taala kepada hamba-hamba yang mampu berfikir dan menggunakan aqal sebaiknya . 

Contoh yang aku rasa mungkin kebanyakan kita dah selalu dengar ialah , bila Allah ciptakan manusia ini banyak warna kulit . Ada sawo matang , kuning langsat , putih melepak , gelap dan macam-macam lagi termasuklah yang albino .Ingat saja-saja Allah cipta semua ini ?

Ya..................................

BERSAING vs BERSYUKUR 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kalau kita tengok diri sendiri pun, kita dah banyak kali tak bersyukur dengan kehidupan kita ..

Tipula kalau sekali pon tak pernah terdetik ,

"bestnya kalau aku........"

Sudah tentu tidak salah manusia itu ingin bercita-cita , ingin berangan-angan ..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Percaya tak kalau aku cakap , kita tidak tahu bila nak bersyukur dan tidak tahu bila sepatutnya kita bersaing ?

Bersyukurlah selagi boleh , Bersainglah selagi mampu , Redha Allah saja kau tuju ~

Pernah terfikir , macam mana orang yang miskin gila boleh survive kat dunia ni ?
Atau....
Seekor burung boleh terbang dan pasti.. ya pasti akan ada rezeqi untuknya !

Pasti ! Pasti ! Mesti ada !

~~~~~~~~~~

Keyakinan kau dengan Pemurahnya Allah pun kau persoal ,,,,macam mana Allah nak bagi dekat kau lebih. 

Kita ni lebih banyak meminta dari bersyukur kan ? 

Walaupun , Allah suka hambanya meminta kepadanya tapi Allah akan tambah lagi nikmat ke atas orang yang bersyukur dengan apa yang sudah diberikan keatasnya .

Rasulullah S.A.W tak pernah minta untuk menjadi kaya , tapi Allah kurniakan kepada baginda `Alaihissolatu Wassalam kekayaan jiwa dan kemuliaan hati yang tidak ada manusia yang dapat melainkan baginda alaihisolatu wassalam . 

Maka , wujudkan manusia yang lebih bersyukur dari Baginda `alihissolatu wassalam ?

Tentu .......................................
.
.
.
.
.
.
.
Tidak ada !



No comments: