Friday, July 10, 2020

BERSAING vs BERSYUKUR~

Bismillahirrahmanirrahim ~

Allahumma Solli `ala Sayyidina Muhammad wa `ala Alihi Wasohbihi Wasallam..



-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Indahnya Islam ini tidak mengajar muslim itu untuk kejar dunia melainkan redha Allah saja di penjara dunia ini. 

Aku suka juga melihat bagaimana kehidupan seseorang muallaf , atau seseorang 'not yet muslim' , bukan untuk angkuh menuduh mereka dalam kesesatan atau mungkin bukan rezeqi mereka lahir untuk mengenal Islam sebaliknya meronta , mencari cahaya itu sendiri dek sikap muslim yang bukan kesemuanya boleh dijadikan contoh terhadap muallaf atau 'si non yet muslim ' tadi . Tidak perlu sebut manusia yang lahirnya dalam Islam kemudian jauh lalai dari cahaya ketenangan..

Kerana itu , lihatlah Islam itu bukan pada Muslim nya , tapi lihatlah pada ajarannya~


Jika diteliti , sebenarnya hidup mereka dari kecil itu diajar untuk bersaing . Siapa yang akan paling berjaya di dalam dunia yang fana ni . Ada antara mereka mempercayai bahawa 'reinkarnasi' itu karma dari kehidupan mereka sebelumnya . Jika di kehidupan kau yang dulu baik , maka di kehidupan akan datang atau sekarang kau akan hidup dalam nikmat dan kekayaan atau kebahagiaan . Jika kehidupan kau yang dahulunya jahat atau kau berbuat buruk terhadap orang lain , maka di kehidupan akan datang kau akan hidup sebagai seorang yang miskin atau sebagai seekor keldai . 

Dalam agama Islam dan Kristian menolak kepercayaann tersebut . Manusia itu hanya diberi satu kehidupan dan gunalah sebaik-baiknya . Kalaua tidak , masakan Al-Quran banyak menyebut betapa ramainya manusia yang menyesal dan merayu memohon kepada Allah untuk balik ke dunia dan ikut semua ajaran dan peringatan dari Rasul-rasul yang Allah utuskan ?

Tapi , yakinlah bahawa Allah itu Maha Pengasih Maha Penyayang . Allah lebih sayangkan hambaNya melebihi seorang ibu menyayangi anaknya . Allah lebih mengasihi kita melebihi seorang guru yang kasih akan anak muridnya . 

Hidayah Allah itu ada , Petunjuk untuk kita selalu dekat kepada Allah itu selalu ada , cuma kita yang selalu lupa dan leka . 


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Disebabkan kita susahkan nak pisahkan dunia dari hati kita , mari baca tulisan aku kalini  dan berfikir sejenak ......~


Dalam dunia ni kita pelbagai manusia dan makhluk . Kita percaya bahawa kesemua perbezaan yang tercipta di sekeliling kita ini pasti ada mesej yang Allah selalu nak ingatkan kita . 

Salah satu mesejnya ialah  Allah nak tunjukkan kekuasaan Allah Taala kepada hamba-hamba yang mampu berfikir dan menggunakan aqal sebaiknya . 

Contoh yang aku rasa mungkin kebanyakan kita dah selalu dengar ialah , bila Allah ciptakan manusia ini banyak warna kulit . Ada sawo matang , kuning langsat , putih melepak , gelap dan macam-macam lagi termasuklah yang albino .Ingat saja-saja Allah cipta semua ini ?

Ya..................................

BERSAING vs BERSYUKUR 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kalau kita tengok diri sendiri pun, kita dah banyak kali tak bersyukur dengan kehidupan kita ..

Tipula kalau sekali pon tak pernah terdetik ,

"bestnya kalau aku........"

Sudah tentu tidak salah manusia itu ingin bercita-cita , ingin berangan-angan ..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Percaya tak kalau aku cakap , kita tidak tahu bila nak bersyukur dan tidak tahu bila sepatutnya kita bersaing ?

Bersyukurlah selagi boleh , Bersainglah selagi mampu , Redha Allah saja kau tuju ~

Pernah terfikir , macam mana orang yang miskin gila boleh survive kat dunia ni ?
Atau....
Seekor burung boleh terbang dan pasti.. ya pasti akan ada rezeqi untuknya !

Pasti ! Pasti ! Mesti ada !

~~~~~~~~~~

Keyakinan kau dengan Pemurahnya Allah pun kau persoal ,,,,macam mana Allah nak bagi dekat kau lebih. 

Kita ni lebih banyak meminta dari bersyukur kan ? 

Walaupun , Allah suka hambanya meminta kepadanya tapi Allah akan tambah lagi nikmat ke atas orang yang bersyukur dengan apa yang sudah diberikan keatasnya .

Rasulullah S.A.W tak pernah minta untuk menjadi kaya , tapi Allah kurniakan kepada baginda `Alaihissolatu Wassalam kekayaan jiwa dan kemuliaan hati yang tidak ada manusia yang dapat melainkan baginda alaihisolatu wassalam . 

Maka , wujudkan manusia yang lebih bersyukur dari Baginda `alihissolatu wassalam ?

Tentu .......................................
.
.
.
.
.
.
.
Tidak ada !



Tuesday, July 7, 2020

Tamparan yang takkan pernah aku lupakan !

Bismillahirrahmanirrahim ..

Allahumma Solli `Ala Sayyidina Muhammad Wa `Ala Alihi Wasohbihi Wasallam ..

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Futur , Down ~

Boleh dikatakan perkataan ini selari dengan dunia dakwah , tidak kira dakwah `in real life or in media . Rasulullah S.A.W juga pernah mengalami futur , manakan tidaknya , yang namanya manusia biasa pasti akan ada perasaan dan emosi .

Aku salah seorang yang suka berdakwah di media or real life . Act, bukan dakwah la .. aku lebih suka guna perkataan `sharing` . Anything , termasuklah positiveness , motivation and knowledge . Idk , aku rasa aku suka macam tu , aku enjoy ! Pada aku , something tu bila kita share dia akan buat kita lebih ingat lama . Dia masuk dalam lone term memory instead of knowledge tu aku save untuk aku saja. But Of Course , tak semua kita boleh share kat orang tambah-tambah kalau benda tu making people got confuse . Kefahaman tu tak semua sama .

-------------------------------------------------



Sambil aku melayan lagu 'CINTA SEMENTARA by The Truth' , aku merenung , fikir ...

Aku dah terkena satu tamparan perit dalam hidup aku berkenaan dakwah in media . Ya , mungkin memang salah aku , ada yang tak kena dengan cara aku . Instead of , ayat-ayat si hamba Allah tu yang membuatkan confident level aku jatuh merudum , terbenam ke dalam bumi yang aku ambil masa bertahun-tahun untuk prepare for it .

Walaupum aku ni bukanlah si `instafamous` yang beribu-ribu followers . InshaAllah , aku tak kejar semua tu .. Cukup sekadar aku try to motivate myself and people arround me . 

Aku ada satu memori dan sejarah hitam masa zaman sekolah dulu. Yup , still tentang dakwah ..
Allahu Akbar ! again , I wanna cry when thats memories come across in my mind !

Pendek ceritanya , masa tu aku Exco Ibadah Asrama dan suatu hari tu Maulid Nabi S.A.W ..
Aku saja nak hidupkan hari yang istimewa tu dan aku arahkan minggu tu untuk semua penghuni asrama amalkan sunnah-sunnah kehidupan yang maybe kebanyakan orang lupa untuk amalkan .

Mestilah , aku briefing dulu kat adik-adik beberapa sunnah kehidupan yang boleh diamalkan , contohnya macam .. Masuk tandas kaki kiri , makan tangan kanan , jangan sembang ramcak sangat . All the day , aku nak semua jadi beradab dengan adab yang diajarkan Habibuna S.A.W . 

Belum habis program haritu , someone said .. Aku ni sesat , ajar adik-adik ajaran sesat ! 
Yang paling sakit tu sebab someone tu is from my friendlist . Dan dia one of my bestfriend .. Kami tidur sekatil, dia sedih dia cari aku , datang dorm aku lepak ... We got awkward lepas dia tau aku dilantik jadi Badan Dakwah . Aku sedih ! Dia taknak cakap dengan aku and even taknak tengok muka aku ! 

You know what, aku tak sure sekarang macam mana .. Tapi . sampai sekarang aku lost contact dengan dia . Aku follow dia guna Ig lagi satu tu pun tak berapa active .. Aku lega tengok dia bahagia sekarang . Alhamdulillah ! 

Hang , kalau hang baca ni , aku nak bagitau aku still sayang hang even hang pernah cakap benda tak elok kat aku , kutuk aku kat belakang .. Its okay, aku anggap peristiwa tu hanya sebagai satu memori dan pengalaman .

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Anuway , aku menangis , dada aku sesak bila aku tau siapa yang cakap aku macam tu . Another thing aku menangis sebab aku terus tringat macam mana Rasulullah S.A.W hadap semua ni . Aku sendiri tak kuat even apa yang kena kat aku ni sikit sangat ! 

Murung aku menyerang dan aku tak habiskan program . Aku just spend time atas katil covering my face and sleep . Sampai aku tak makan , tak jumpa orang .

Tapi , aku bersyukur ada kawan-kawan aku yang pujuk aku . Bagi aku semangat balik .. I am very appreciate that !
-------------------------------------------------------


Walaupun , aku hadap benda ni banyak kali dan dari orang yang dekat atau jauh . Yang namanya manusia itu punya hati dan perasaan . Ujian itu semakin lama semakin hebat dan hati semakin lama kena semakin kental dan kuat , mentaliti kena kebal .

Thats why aku tak rasa aku sedia untuk dunia famous-famous ni . Aku selesa dengan kedudukan aku sekarang . Cukuplah dengan orang-orang yang aku kenal. 

--------------------------------------------------------

Situasi aku tadi , ya .. tamparan kalini agak harsh dan menyakitkan . Macam aku cakap , I dont think aku ada confident again lepas ni . Maybe , I`ll be the old Dina . Nak nangis wey , everytime aku story benda ni .. Aku rasa maruah aku jatuh , tak sangka they think aku macam tu . 'Begitu beraksinya' , ayat ni paling pedih ! 

'niat tak menghalalkan cara' 

aku tau tu , aku sedar aku tak boleh melampaui batas-batas aku sebagai muslimah dan aku akui aku taklah se'solehah' Sayyidatuna 'Aisha R.A , tidak sehebat sebutlah kesemua srikandi-srikandi Islam yang sememangnya merekalah idola dan inspirer aku . 

Tapi , tulaa....

AKU MEMANG TAK SANGKA LANGSUNG SETERUK TU AKU DI MATA MEREKA !


 I have to admit yang dalam lingkungan kawan-kawan aku , aku seorang saja yang media-media ni dan aku at some point tak boleh sangat nak terima opinion depa , I need someone in the same position with me . Yang hadap benda sama macam aku....

Pada aku , peluang bila orang seen story aku . aku nak spread and sharing daripada depa tengok life aku ja kan ? Aku tak kata pon salah nak share life ampa sebab aku pon suka ja tengok kawan-kawan aku happy , pergi jalan-jalan .. experience ..Aku pon boleh tumpang gembira . 

Dan pada aku , bila aku berkawan aku kena jaga bonding and friendship tu . Tak kirala lelaki ke perempuan , bukannya aku langgar batas ikhtilat . Nak atau Tak , ikhtilat tetap akan ada even in real life . Cumanya , the way we handle it !

Sejujurnya , harini dah masuk hari ketiga mungkin selepas kejadian ni dan aku still tak boleh move on . Kat rumah ni pon aku just terperap dalam bilik , kalau keluar pon tak sembang sangat dengan family aku . Just acting normal ..

Perasaan bercampur baur , aku tak tau nak buat apa sekarang .....




Monday, July 6, 2020

PENAT BILA HIDUP KAU ASYEK ORANG COMPLAIN ~ AKU KAH YANG BUAT TERUKSSS

Bismillahirrahmanirrahim 

Allahumma solli ala Sayyidina Muhammad wa ala alihi wa soihbih wasallam 




Wow ! its really a long time since I write this blog .. 
Sibuk dan padat dengan dilema CORONA VIRUS, dilema nak balik Malaysia atau tidak sebab saya dah tahun 3 di Al Azhar . So, yaa this is 2020

Last sekali, semua husemate saya balik juga Malaysia instead of staying sebab agak berisiko . So, kepada pembaca ni , saya ada buat klip video situasi covid-19 di MESIR ,,, boleh cusss ke YOUTUBE CHANNEL saya yang tak seberapa tu ( Dina Murshida ) kalau murah hati , boleh subscribe sekali ...Syukrannn..hehe

Jadi , sekarang jam 3.08 am waktu Malaysia , yelaa dah memang balik pon kan . Saya decide dan gigih juga untuk nayalakan Laptop ni dan menaip ni tentulah untuk meluahkan apa yang terbuku di hati 

" di hati ini hanya Tuhan yang tahuuuu ,,,, di hati hati aku rindu padamu ..tulus sanubari .."

Apehal , terlintas nasyid UNIC pulak ni .. yaaa lebih kurang macam tu la apa yang saya rasa sekarang 

Hanya Allah saja yang tahu setiap apa yang dirasakan , 

Tapi , manusia tetap lupa .. maka, manusia juga yang dicari dahulu .. Allah Allah 

Okay , sekarang ni baru nak masuk the purpose of this writing is
.................................................................................................................................





Aku rasa macam semenjak aku balik Malaysia bermula dari kuarantin lagi ramai sangat orang yang complain pasal hidup aku .

Tu tak kena , ni tak kena 

Termasuklah mak aku yang selama ni selalu menjadi supporter aku , tapi once aku jejak saja rumah ni ..

"kakak , kamu sambung belajar sini la.. "
"kamu kenapa pakai macam ni ..."
"kakak , kamu nanti jadi cikgu ja la senang "

and so on.......banyak lagi 


Mungkin pada hampa be like , 

Alaa,...biasala mak aku pon macam tu.. tapi , you know what , aku tak biasa . Ni bukan biasa yang aku lalui sepanjang 22 tahun aku hidup 

Selalunya mak aku ni support aku whatever decision aku buat selagi mana tak langgar syariat la of course !

Okla pendek cerita .. tu la mak aku . Bukan niat disini untuk menceritakan aib mak aku ka apa .. Tolong faham eh , konsep blog ni ! 

Sorry ...emosional sikit ..

Then , ada lagi la beberapa orang hambab Allah Taala yang aku malas nak mention dan ceritakan complains tu .

.................................................................................................................................................

So, bila benda-benda ni terjadi kat aku ..
Aku jadi macam terfikir tau , sebenarnya aku ni memang sejenis manusia yang tak boleh terima teguran kah ?
Lakin , aku rasa ada ja time2 yang aku kena tegur or orang nasihat aku , aku okay ja ..terima ja 

Sometimes , aku rasa cara teguran untuk aku ialah ajak aku dalam sebuah perbincangan .. Aku lebih respect orang yang dia menyatakan ketidak setujuan dia dalam bentuk perbincangan daripada dia menuding ja kat aku ...

Memang aku akan cakap la kat diri aku 
" Dina , unzur ila ma qaala , wa la tanzhur ila MAN qaala "
makna dia tu ,,, kita lihat apa yang diperkatakan dan jangan melihat pada siapa yang berkata .

Quotes ni .. diucapkn memang senang , bila kena batang hidung sendiri ,,, bila kita nak apply tu ..MasyaAllah la yehh!

Tapi, apa-apa pun primsip hidup aku ..whatever happen , kena positve !


Muhasabah balik .. hati kau keras sangat kah sampai tak boleh nak terima nasihat orang , pendapat orang apa semua kan ..

Sebab tu ada salah satu kaedah nak tegur orang ni , kita minta somebody yang orang tu respect tegur dia ..that way , agak mudah la dia nak terima and aku rasa aku one of orang yang macam ni ,, bukan semua orang boleh tegur aku suka-suka hati 

Dia bukan masalah keras kepala ka hati batu ka ...

The thing is .. personality dia macam tu , and kau jangan expect semua orang sama macam kau an ..

Aku ni , personality eagle 

Kalau dalam bab tegur menegur ni .. Eagle ni dia memang takkan mudah menerima bulat-bulat la kalau dia ada prinsip dan intention dia sendiri dalam satu-satu perkara tu .


Kalau dia memang zero , dia akan terima bulat-bulat ,, Serious  !

Kau jangan expect la orang eagle ni akan terima bila kau cakap , at least kau kena  nyatakan alasan kau cakap macam tu .. dia akan interprete and then menilai patut tak dia terima opinion kau ..

Well....sorry to say but thats me...

Tapi , tula ...

Once kita belajar dan tahu personality kita, bukan untuk angkuh malah lebih berlagak ...yang perangai-perangai buruk tak semenggah tu kita kena perbaiki .
Dan yang kurang tu kita top-up !

Sejujurnya , aku tak rasa aku keras kepala or selfish .... 
But , teguran yang aku tak boleh nak hadam tu memang aku tak boleh nak terima walaupum aku sedar yang aku NAK dan KENA perbaiki kesilapan aku  .

And.........




Kita memang takkan dapat dan takkan boleh puaskan hati semuia makhluk yang berbangsa manusia di bumi ni .

Terlalu ikut , kau akan hanyut..
Terlalu tolak , kau juga akan hanyut !

Penat la bila orang luar yang nak atur hidup kau kan ,, Allah bagi hidup dia adalah untuk dia dan hidup hang adlah untuk hang ..

Tapi ,

Manusia still saling memerlukan dan menegur jika salah . Aku akui benda tu ..

So . kat sinilah .. ilmu dan aqal main peranan . Jangan bertindak mengikut hawa nafsu , kesalahan perlu diperbetul dan aku tak cakap bab agama kat sini 

Kesalahan disini bermaksud subjektif dalam dunia ni ..thats mean , banyak aspek la..

.......................................................................................................................................

Itu sahaja penulisan kali ini , lebih kepada curhatan hati dan pendapat peribadi ..
Kalau hampa ada pendapat lain atau setuju dengan pendapat peribadi aku , 

Silakan , komen di bawah nahhh :) 
Terima Kasih sudi klik dan baca . Barakallahufeekum =)
Jasa kalian tidak akan dapat dibalas .....
InshaAllah , nanti aku kongsikan dilema berdakwah di media sosial 
Chect it out !