Saturday, November 7, 2020

TAK KENAL MAKA TAK CINTa

 Allahu Akbar ! macam-macam yang berlaku sekarang kan , kalau kita cakna dan ambil tahu tentang dunia kini tambah di bulan mulia kelahiran Nabi Muhamad SAW , sedih sungguh hati ini.

Bermula dengan Nabi kita SAW dilukis dalam bentuk karikatur , jujur saya cakap memang tak cantik langsung lukisan tu , nampak sangat memang nak persendakan.

Bismillahirrahmanirrahim ..

Allahumma solli ala Sayyidina Muhammad wa ala alihi wasohbihi wasallam .

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tulisan blog kalini tidak lain tidak bukan salah satu cara saya dan solidariti saya pembelaan terhadap insan agung yang mula Nabi Muhammad SAW. 

Baru-baru ini di Perancis , negara yang maju yang kebanyakan rakyatnya juga adalah muslim , negara yang Menara Eifel sebagai mercu tandanya . Siapa yang tidak teringin jejak kaki ke sana . melihat ciptaan Tuhan walaupun saya tak pernah pula terlintas di fikiran nak ke sana. Jadi, di sini saya ingin menceritakan kronologi tersebut berdasarkan beberapa maklumat yang saya baca dan rujuk .

Kes Nabi Muhammad SAW diperlekehkan ini sebenarnya tidak asing lagi di negara Perancis, bermulanya kes ini sejak tahun 2005 , terdapat sebuah syarikat akhbar bernama ' Danish Newspaper' yang menghasilkan 12 gambar karikatur Nabi SAW dengan diberi tajuk ' FACE OF MUHAMMAD' .

Kemudian pada tahun 2006 , Charlie Hebdo merupakan sebuah majalah kontroversi ulang cetak lukisan tersebut dan sebanyak 9 orang jurnalis terbunuh dek kemarahan umat islam pada masa itu.


PRESIDEN PERANCIS EMANUEL MACARON 

Paling terbaru ialah 2020 , kes ini dibangkitkan semula dan karikatur tersebut diulang tayang secara umum di dinding-dinding bangunan seperti iklan. Sebelum tindakan berani Perancis ini , sebenarnya berlaku dua kes yang melibatkan orang islam di Perancis iaitu seorang cikgu dibunuh dan  dua orang wanita muslim ditikam berdekatan kawasan menara Eifel . Tetapi , kejadian tikaman wanita muslim ini pada awalnya tidak diendah oleh umat islam di dalam atau luar negara kerana pihak polis Perancis sedaya upaya menutup kes tersebut. 

Dah macam wartawan pula saya ketika menulis blog kalini . Tujuannya hanya satu , saya mahu kita sebagai umat islam cakna dan ambil tahu hal semasa bukan sahaja di dalam Malaysia bahkan di luar Malaysia apalagi kejadian yang berkaitan dengan saudara seislam kita . Apalagi kes yang membabitkan maruah islam itu sendiri dan Nabi kita yang tercinta SAW. 

Samuel Paty , merupakan guru yang telah ditetak kepalanya ada yang kata dia ditikam oleh salah seorang waris kepada pelajarnya. Dia ketika itu mengajarkan 'speech freedom' di dalam kelasnya kemudian mungkin ketika tamat sekolah , anak-anak pelajar ini menceritakan apa yang mereka belajar di dalam kelas dan terjadilah kes pembunuhan ini.


 

MasyaAllah ! kejadian ini mengingatkan saya akan Sayyiduna Umar RA , beliau seorang yang sangat gagah perkasa dan berani melawan apalagi melibatkan orang-orang yang sanggup menyakiti Nabi SAW, betapa lembutnya Nabi SAW, baginda tidak memarahi apalagi melawan dengan kekerasan orang-orang yang jahat terhadap baginda , tetapi pengakuan jujur saya , saya bersyukur adanya Sayyiduma Umar RA di sisi Nabi SAW sebagai pembela dan pelindung Baginda SAW . 

Jadi, selepas dua rentetan kejadian ini barulah berlaku penayangan semula karikatur Nabi Muhammad SAW secara umum dan dengan beraninya Presiden Perancis ' Macaron' saya tidak tahu pula nama penuhnya dan tidak teringin untuk ambil tahu berucap di hadapan siaran televisyen mengatakan umat islam ini menyusahkan dan tidak ada keuntungan untuk negara . Mengamalkan Islam katanya , merugikan ekonomi karana judi , arak , riba semuanya haram dan dilarang keras . 

Allahu Akbar , jika difikir-fikir... siapalah kita nak melawan arahan Allah Taala . Bumi ini saja bukan milik kita , tidak perlu nak diingatkan , udara yang dihirup setiap detik pun milik Allah , tugas kita hanyalah menjaga dan memelihara sebaik mungkin bumi Allah ini. Sombong itu hanya merugikan , tidak lihatkah kamu mumia Firaun yang tidak reput itu, tidak mahu bumi menelannya dek keangkuhannya , Iblis sendiri tidak mengaku Tuhan !

Betul lah orang kata , TAK KENAL MAKA TAK CINTA !

Nabi Muhammad SAW ialah Nabi kita semua , kamu islam atau tidak , kamu beriman atau tidak , Baginda SAW ialah Nabi kita semua . Wajib untuk saya , kamu dan mereka kenal Baginda saw. Kenal peribadi baginda , kenal watak dan sifat baginda . Masakan Baginda alaihissolatu wassalam dinobatkan 'THE GRETAEST MAN IN THE WORLD' dalam buku ( 100 A RANKING OF THE  MOST INFLUENTIAL PERSONS IN HISTORY ) oleh ' Michael H.Hart' . 

Tidak sebut lagi disini ,yang isteri Presiden Perancis ini yang ingin mengharamkan hijab di negara Perancis dengan alasan hijab menakutkan kanak-kanak. Semoga Allah bersama dan membela rakyat muslim Perancis dan Alhamdulillah banyak negara-negara arab yang memboikot barangan jenama Perancis begitu juga sebahagian negara Asia seperti India dan Indonesia . Malaysia nampaknya masih kurang kesedaran dan hanya beberapa pihak sahaja yang berani membantah perlakuan Presiden Perancis tersebut secara terbuka . 



Ingin saya katakan , tidak berbaloi kita saling menumpah darah kerana hal ini . Kita sendiri yang tidak menunjukkan tauladan yang baik kepada 'non-muslim' . Kita yang tidak memberitahu mereka siapakah Nabi Muhammad SAW. Jangan didik diri untuk tuding kepada salah orang lain. Duduk dan muhasabah , salah siapa semua ini kalau bukan kita sendiri. Nabi Muhammad SAW bukan Nabi kita saja bahkan Nabi mereka , yang diutuskan untuk kita semua penutup segala umat dan baginda ialah penutup segala Rasul dan Nabi. Hidup di dunia ini , kena saling toleransi tidak kira agama , bangsa dan negara .

' Diantara tanda cinta , suka menyebut nama .... Petanda benci pula , tak suka mendengarnya '

Syukaran , wassalam :) 

No comments: