Monday, November 11, 2019

BERKAT HARI LAHIR NABI S.A.W ~

Bismillah Walhamdulillah ...
.
.
.
.
Harini aku sendiri nak cerita pengalaman aku dengan keberkatan selawat ke atas baginda sollallahu alaihi wasallam .

WARNING ! BUKAN NAK RIAK MENUNJUK KE APA TAPI LEBIH KEPADA PERKONGSIAN SALAH SATU PENGALAMAN SAHAJA .
~~~
~~~
~~~

Wahai Kekasih Hati . Rindunya aku padamu 


Tepatnya pada 11 Rabiul Awwal 1441 Hijrah bersamaan tarikh 8 November 2019

Saja lah Chaq Farihah ajak aku pergi ambil kitab terjemahan dan syarahan Matan Syatibiyah dan Durrah dari kawan maahad aku juga yang tinggal di DMAK (Dewan Malaysia Abbasiah Kairo) . Beliau graduasi IQDAR dan sekarang sambung pengajian Qiraatnya di Mesir . Jadi , aku yang masih merangkak dalam bidang Qiraat ni banyak rujuk beliau dari segi kitab-kitab melayu untuk rujukan matan dan usul qiraat .

MasyaAllah , walaupun hanya perjalanan ke DMAK yang lebih kurang 15 ke 20 minit saja dari Hayyu Sabiek ( tempat aku tinggal ) . Hari itu , aku merasakan kelancaran perjalanan . Mungkin dengan keberkatan MAULID NABI KITA S.A.W !

Iyalah , Mesir ni penuh dengan kejutan dan ketidaktersangkaan . Perjalanan yang pendek pon boleh berlaku macam-macam .

Sempena meraikan Hari Ulang Tahun Habibuna Sollallahu Aalaih atau orang Indonesia suka sebut 'ULTAH' singkatan kepada ulang tahun ya mbak . Aku sengaja usung tasbih kokka kesayangan aku ketika dalam perjalanan , bukan untuk menunjuk tapi untuk mengingati diri aku yang sering terlupa untuk berzikir .

Semasa di rumah bersiap-siap untuk pergi .. Dalam diri ini gusar , masih ada kah bas untuk pergi sebab waktu itu ialah waktu kemuncak matahari lagipula hari Jumaat . Kalau boleh , pergi ke 'mahattah' (stesen) bas tu nak terus sahaja naik bas .

Aku pula sedang mengejar waktu kerana kawan aku di DMAK itu hendak pergi ke Masjid Saidina Hussein di Darrasah untuk menyambut Maulid . Mesir memang hidup perayaan2 sebegini . Mereka zahirkan kecintaan mereka terutama pada hari-hari yang bermakna seperti hari maulid ini !

Pergi ke Mahattah ,

Alhamdulillah , terus ada bas 24 ج . Banyak pulak tu !

Kami pon naik bas yang paling ramai penumpang , dan mengambill tempat duduk . Kami terpaksa duduk berpisah kerana seat yang couple semua dah penuh . Kalau ada kosong pon , sebelah arab . Baik duduk yang seat single .

Sambil 'ammu (pakcik) merehatkan enjin bas , hati aku masih gusar takut-takut menyusahkan kawan aku di DMAK untuk menunggu kami sedangkan dia ada hajat lain . Hati terus berselawat sambil menggerakkan biji tasbih . Dengan harapan , semuanya lancar .

Bas mula bergerak masuk ke litar jalanan .

Setelah 15 minit , sampai ke destinasi . Aku masih melirik-lirik jam tangan mengejar waktu .

Berjumpalah kami di dataran tengah , walaupun Wafa' dah lebih sebulan sampai Mesir , aku masih tidak sempat untuk bertemu dan sembang panjang dengan beliau . Kafe pula tutup , kalau tidak boleh la menjamu satay kesukaaan aku sambil borak panjang dengan beliau .

Aku tidaklah rapat benar dengan Wafa' , tapi kami satu asrama dan satu sekolah dulu . Orangnya pemalu dan lembut . Kadang malu dengan diri sendiri yang kadang terlalu 'hingaq' bila borak dengan orang ! Sembang dengan beliau , aku pun sama naik ayu . Hahaha !

Buntu juga nak sembang dengan Wafa' , apabila berhadapan dengan orang berperwatakan ayu sebegini kena jaga sikit tingkah laku dan tutur kata supaya tidak menggguris hati beliau . Aku cuma tanyakan soalan-soalan 'cliche' .

"Macam mana Study ? Dah tengok ka Maahad Syubra ? Ikhtibar lughawi haritu okay ka ? "
.
.
.


Sia-sialah datang jauh-jauh dari Sabiek semata-mata ambil kitab . Aku ajak Chaq Farihah pergi makan mee tarik Cina Muslim berdekatan dengan DMAK . Kadang-kadang boleh la nak makan di situ , dek harga yang agak mahal dan tepung yang cepat memuakkan .

Kami order 'stewed mee' dan 'dumpling' .
.
.
.
Setelah memberi hak pada perut yang lapar , masa untuk cari bas pulang . Aku seorang yang suka berfikir-fikir . Di benak aku dengan harapan cepatlah sikit jumpa bas kerana perjalanan yang agak meletihkan walaupun dekat . Kalau pergi Darrasah ka DMAK ka , aku memang akan terfikir dan bersoal sendiri .. " macam mana la hat dok ulang alik pi mai , pi mai tu ? Kuat sungguh semangat depa "

Itulah manusia , bila nampak saja berat memandang . Apabila sekali sudah terbiasa , mulut tidak akan merungut lagi . Masya Allah !
.
.
.
Kami menunggu bas tidak sampai 10 minit , tapi pada awalnya ragu-ragu nak  naik sebab pakcik bas tidak sudi buka pintu dan keadaan bas yang padat sangat !

Tiba-tiba ada seorang makcik arab ni  , dalam lingkungan 30 ke 40 tahun ajak kami berdua untuk naik . Aku dan Chaq Farihah ni kalau mai 'introvert' tu memang redha je la apa pun . Malas nak struggle lebih-lebih . Tapi , tu kalau 'introvert' tu mai la .

Cari bas 24 ج tak jumpa . Ni ja ada ...


Makcik tu tarik tangan aku sampai naik atas bas sebab risau aku tergolek agaknya disebabkan aku yang terpaksa berdiri di tangga bas dek kepadatan penumpang . Makcik tu tolong pas kan duit aku dan Chaq ke 'Bus collector' , tolong bagi baki . MasyaAllah , rasa senang dan seronok sangat . Paling tak tahan , kami naik bas yang sama masa pergi dan balik !

Sampai suatu destinasi , makcik tu turun dulu kerana destinasi kami masih jauh . Aku dari tadi cuma sempat mengucapkan 'syukran' berkali-kali saja pada beliau . Sewaktu beliau ingin melangkah turun , dengan spontan aku ucap kepadanya ' Barakallahu feek " ,( semoga Allah memberkati kamu) .

Satu adat yang aku jatuh cinta dengan arab ni ialah , mereka banyak saling mendoakan . Itu yang salah satu aku belajar tentang kehidupan di sini . Walaupun ada kekurangan-kekurangan lain pada bangsa mereka .

Orang kata ,

buang yang keruh , ambil yang jernih ! 

Walaupun kisah perjalanan yang singkat dan biasa saja , tapi aku dapat rasakan kerberkatan hari itu . Sehari sebelum Hari Lahir Baginda Sollallahu Alaihi Wasallam .




~SEMOGA ALLAH GOLONGKAN KITA DI KALANGAN UMMAT BAGINDA YANG MENERIMA SYAFAAT BAGINDA NANTI . ALLAHUMMA AMIN ~



Thursday, November 7, 2019

DOWN SEBAB RASA MACAM BANYAK SANGAT BENDA NAK BUAT !

Bismillah walhamdulillah ...
.
.
.
.
Selepas Isya' berkumandang , aku buka peti ais dan mengambil 'cheeskut' yang ditempah kelmarin . Lidah terasa inginkan manisan walaupun kawan serumah bertungkus lumus menguli tepung untuk dibuat laksa .

Depa masak laksa harini . Tapi sayang , aku bukan peminat tegar laksa walaupun asal dari Kedah ! Aku sendiri hairan , mungkin faktor membesar di negeri orang menyebabkan aku agak kurang berminat dengan laksa ni sedangkan mak aku sendiri 'hantu laksa' !

Laksa Johor dan Laksa Sarawak , ya ... Thats my favourite !

Sudah satu hari aku skip untu tidak menulis blog , entah kenapa rasa tidak ada sesuatu yang menarik ingin dikongsikan . Mungkin ada ,  cuma malas !

Sambil membuka laptop , ilham terus melintas . Apakata aku tulis sahaja apa yang mengganggu fikiran aku . Ya , yang sedang mengganggu fikiran aku sekarang ni ialah terasa macam banyak sangat benda yang aku nak buat dan tak terbuat . Itu boleh membuatkan aku down dan jatuh semangat .

Aku seorang 'ambivert' . Jadi banyak perkara aku selalu tengah-tengah . Ada perkara yang aku boleh buat dua kerja dalam satu masa atau sebaliknya . Tapi , bila ada rasa boleh buat satu kerja saja dalam satu masa tu yang susah nak dikawal . Masa tu tiba-tiba aura negatif akan menjengah dan mengelilingi aqal fikiran . Seolah-olah meminta untuk berhenti melakukan semua benda sekaligus .

Diri melawan , melawan aura hitam itu yang hanya singgah untuk menjatuhkan semangat . Teringat Movie 'HARRY POTTER ' . Karakter 'Dementors' yang mana asal ilham watak ini adlah kerana JK . ROWLING iaitu penulis asal Harry Potter juga pernah mengalami kemurungan dan akhirnya boleh melawan aura jahat ini .

Ada dalam Harry Potter and The Prisoner Of Azkaban ..

Maaf , terbawa-bawa cerita Harry Potter pula kat sini .!

DEMENTOR



Sebenarnya , aku selalu saja melalui perasaan sebegini dan setiap kali terasa begini , pasti akan terus hubungi ibunda tercinta dan minta doa .

Ya , kerana aku percaya doa seorang ibu lebih dekat mustajabnya . Para Wali juga mengatakan hal yang sama kerana darjat seorang ibu itu sangat tinggi di sisi Allah Taala . Tapi ,disebabkan perselisihan itu hari , aku berasa canggung dengan ummi .

Sebab ego anak sulung kah ? Aku tidak mempunyai jawapan tentang itu .

Sebelum ni , biasa la pergaduhan kecil anak beranak . Tarik muka sekejap dengan ummi dan akan elok balik dalam beberapa minit sahaja . Kalau dengan Abah , jangan ditanya . Anak perempuan dengan ayah ni lain . InshaAllah tak pernah gaduh , mungkin gaduh-gaduh manja saja .
Abah suka mengusik .

Sebab itu  , salah satu ciri suami yang aku suka persis seperti abah iaitu pandai mengusik aku menyebabkan aku tak jadi nak merajuk . Haha !
Lebih kurang macam merajuk aku hambar , tak jadi ...

Jadi , bila aku cerita pada ummi . Ummi akan pesan  untuk bangun malam lakukan tahajjud dan cerita pada Tuhan yang mentadbir segala sesuatu . Kata ummi , ketika menuntut ilmu memang banyak ujiannya , banyak mehnahnya . Untuk jadi orang yang hebat , maka cabarannya juga hebat .

Tambah pula sejenis manusia seperti aku yang suka mencuba sesuatu perkara baru dan selagi aku tak cuba dan tidak puas hati pasti aku akan tidak pernah serik . Masalahnya , aku cepat juga jatuh semangat .

So , guyss jangan lupas selalu minta doa mak ayah kita selalu dalam apa urusan sekali pun dan aku di sini juga cuba mengingati diri sendiri . Manusia sering alpa dan terlupa . Ibu segala-galanya dekat ataupun jauh .

Bila rasa ada satu hari tu , hari yang susah dan rumit buat kita . Pergilah !
Pergi cari ibu kamu , mak kamu ... Minta doa mereka .! Jangan ditangguh ..

.
.
.
.
.
.
CAKAP PADA MASALAH.. KITA ADA ALLAH YANG BESAR


Tarik nafas dalam-dalam ....

Istighfar . Astaghfirullahal azeem 3x
.
Susun balik niat , susun balik apa yang hendak dilakukan . Cuba lakukan dengan aturan kerana tidak mungkin untuk dibuat semuanya sekaligus kan ?

Manage balik semua dan perlahan-lahan siapkan dengan tenang dan tenteram......

Yup ! Thats will im gonna do ..

Tuesday, November 5, 2019

KENAPA WANITA TERLALU BANYAK DARAH ?!

Bismillah Walhamdulillah ..

.
.
.
.
Syukur kepada Allah Taala , selama 3 ke 4 hari ini aku berpeluang untuk mendalami sedikit sebanyak tentang salah satu cabang masalah iaitu bab Haidh dan Nifas .

Semestinya , dalam fiqh wanita tidak asing lagi dengan yang namanya darah . Aku pun tidak pasti bagaimana sepanjang kelas ini , ikhwah boleh fokus dan memahaminya . Kami sendiri yang bergelar wanita masih tidak mampu memahami diri kami sendiri . Tidak kira samada dari segi emosi , aqal fikiran dan hal-hal lain . Contohnya seperti bab darah ini .

Tapi , benar ...

Ada hikmah Allah anugerahkan haidh kepada wanita . Aku juga salah seorang yang suka mengeluh bila datang saja bulan . Sebab suuzhon dengan Allah tanpa sedar , sedangkan Allah takkan sia-siakan setiap ciptaannya . Yakin bahawa wanita ini istimewa .

Bukan suuzhon bagaimana , hanya tidak seronok kerana tidak boleh solat , berpuasa dan larangan-larangan ketetapan syara' . Sedang Allah merahsiakan sesuatu yang hambaNya tidak akan tahu !

Sehinggakan di kalangan kawan-kawan aku memang akan mengeluh apabila datang bulan , seolah-olah kami merasakan yang kami makin jauh dengan Allah .

Semakin menginjak remaja dan dewasa , semakin Allah memberi kefahaman itu . Berzikir juga salah satu amalan yang masih boleh dilakukan ketika uzur syar'ie . Selawat ke atas Habibuna Sollallahu alaihi wasallam dan banyak lagi .

Ingat lagi kata-kata asatizah di Maahad dulu , sebab kami suka juga mengeluh di hadapan mereka . Apa yang mereka akan katakan ialah ,

"Walaupun uzur ini melarang kita daripada mendekati ibadah , mengikut perintah Allah untuk cuti dari semua ibadah itu juga suatu ibadah kan ?"

"Allah nak bagi perempuan ni rehat sekejap .. Nanti solatlah , puasalah .."

Ya, hanya akur . Masa tu masih remaja jadi tidak nampak lagi hikmah nya . Cuma pokoknya kita hanya mengikut apa yang syariat telah tetapkan . Dan janganlah kita pandang itu sesuatu yang hina dan jelek .
.
.
.
Allah memberi kistimewaan pada satu-satunya wanita di muka bumi ini yang tidak mempunyai haidh ialah SAIDATINA FATIMAH AZZAHRA' kerana itu beliau digelar AZZAHRA' . Bahkan dikatakan , ketika melahirkan SAIDINA HASAN dan SAIDINA HUSIN juga nifasnya hanyalah se lahzah atau sedetik sahaja . Hal beliau seperti lelaki kerana Allah inginkan beliau beribadah sebanyak banyaknya kepada Allah Taala .
.
.
Cerita Saidatina Hawwa' ibunda kita pulak bagaimana beliau terkena haidh ini apabila suatu hari beliau memerah buah khuldi dan ulama menafsirkan khuldi yang dimaksudkan ialah gandum . Maka Allah berfirman kepada beliau , bahawa Allah akan mengalirkan darah beliau keluar daripada rahim sebanyak aliran perahan gandum yang beliau perah itu . Dan ini semua akan kena kepada semua anak cucu beliau yang perempuan

.
.
 Binatang juga ada yang terkena haidh , tapi tidaklah sama seperti manusia . Wallahua'lam seperti apa yang pasti ada .

Cerita Saidatina Hawwa dan Saidatina Fatimah radiyallahuanhuma in saya dengar sendiri ketika saya menghadiri daurah Al-Amdad Al-Fayyadhah oleh Al Fadhil Ustaz Nazrul Nasir wa nafa'ana bi ulumihi .

Kemudian sampai lah perbincangan dars tentang istihadhah ...

SALAH SATU UJIAN WANITA IALAH ISTIHADHAH


Ya , nak dibandingkan bab haidh dan nifas .. Bab Istihadah paling memeningkan dan menambah kekeliruan semua orang . Kerana terpecah kepada beberapa jenis kalangan wanita juga yang menghadapi istihadah ini .

Jadi Al-Fadhil Ustaz selalu mengingatkan untuk wanita banyak berzikir untuk menjauhi dari terkena istihadah ini , kerana istihadhah ini sangat rumit untuk diuruskan dan ianya dari syaitan berdasarkan hadis NABI S.A.W .

Doakan supaya keturunan kita juga tidak terkena istihadhah ini . Jika ada dari kalian yang terkena penyakit ini , bersabar . Allah ingin menguji kalian dan ingin kalian bertambah dekat denganNya .
.
.
.
Setiap ujian itu tidak lain tidak bukan untuk menambah keimanan dan darjat kita di sisi Allah Taala ~

Monday, November 4, 2019

EMOSI DAN EGO MEMAKAN DIRI !

Bismillah Walhamdulillah
.
.
.
.

Hari ini , satu kejadian dalam sejarah hidup aku berlaku . Salah satu dugaan apabila berada di luar negara ini selalu merasa kehilangan dan jauh daripada keluarga . Jujurnya aku bukan macam 'housemate' yang lain , selalu menghubungi antara satu sama lain di video call . Bukan sebab aku ni , anak derhaka atau apa ( nauzubillah ) . Tapi , disebabkan ummi dan abah yang kurang tahu penggunaan media sekarang .

Jadi , aku akan call apabila adik-adik aku balik cuti di rumah . Seorang di UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN dan seorang lagi masih bersekolah menengah di tingakatan 3 (2019) . Semestinya , sering sahaja berhubung dengan aplikasi 'whatsapp' .



Perkara yang menyedihkan juga , sekarang ni ummi dan abah masih sibuk memberikan sepenuh perhatian kepada tokwan yang sering terlantar di hospital akibat lemah jantung . Ya, aku sangat mengerti keadaan itu dan tidaklah sampai hati untuk bersikap pentingkan diri .

TOKWAN

Cumanya , aku tidak menyangka bahawa perkara ini sedikit sebanyak memberi kesan pada emosi dan jiwa aku !

Jadi , kisahnya beberapa hari yang lalu aku mengirim beberapa makanan melalui seorang ustaz yang akan ke Mesir juga . Memandangkan aku tidak pulang untuk cuti musim panas tahun ini , maka aku hanya berniat untuk meminta pertolongan ummi untuk kirimkan sahaja pada ustaz itu . Harapan bagaikan Gunung Kinabalu kerana makanan yang aku pesan  itu memang tidak ada di bumi Mesir dan sangat kempunan untuk menikmatinya !

Suatu hari , ustaz itu menghubungi aku . Mengatakan bahawa beliau sudah sampai ke Mesir dan memaklumkan yang aku boleh mengambil barang kiriman darinya . Jadi , untuk memastikan barang yang dikirim itu benar , aku meminta beliau untuk ambil gambar .

Gunung Kinabalu musnah !!

Apa yang aku harapkan , tak dapat . Ummi tersilap beli makanan yang aku tersangat inginkan . Aku menangis kerana terlalu hampa . Tak pasti punca kesedihan itu , samada ianya disebabkan emosi yang tidak stabil ataupun memang terlalu berharap sehingga apabila dapat yang diharapkan itu berbeza sama sekali . 

Tengah hari itu aku ada kelas di Pusat Pengajian Ruwaq Jawi . Sambil berjalan itu masih merasakan kesal yang teramat sangat . Aku pun pelik , apa yang aku sedihkan sangat ? makanan je pon ? 

Selalunya aku tak pernah buat perangai seperti ini . Selalunya aku akan cuba bersangka baik dan bersikap positif . Cuba memahami situasi dan tidak menimbulkan masalah .

Pasti ada sesuatu dalam diri aku yang aku kecewakan dan bukan hanya sebab tersalah kirim makanan itu saja .

Aku masuk dalam 'group family' aku dan melampiaskan kekecewaan aku , adik-adik aku masuk . Mungkin niat mereka untuk tidak membesarkan masalah , tetapi aku sendiri tidak boleh tenangkan diri . Fikiran aku terganggu , menaip apa yang dalam hati dan fikiran juga mengikut emosi .

Akibatnya.....

Sepertinya aku dan adik-adik aku seakan- akan berperang dingin sekarang . Ummi menyalahkan diri sambil mengingatkan aku tentang bersikap sederhana dan jangan membandingkan diri dengan orang yang senang , tapi bandingkan diri dengan orang yang lebih susah dari kita....

Air mata menitis . Sambil di kelas pengajian in didendangkan qasidah burdah pujian kepada Habibina Rasulullah S.A.W . Menambah sebak dan sesak di dada . 

Kalau tidak ada seorang manusia pun di situ , pasti aku telah menangis sepuasnya . Lepaskan sesakan di dada . Dalam 'group family ' tu , aku secara emosi dan tidak sengaja telah meluahkan sebanyak-banyak perasaan aku yang kecewa dengan semua orang . Pada aku , mereka tidak hiraukan aku di bumi yang jauh ini . Ya , ini semua emosi . Berfikiran mengikut hawa nafsu . Aku tewas !

Abah cuba masuk , menambah aura positif tapi aku tidak layan . Tidak menghiraukan sama sekali . Alasan di cari untuk membela diri sendiri . Memenangkan ego .....

Harini pula , giliran aku masak untuk ahli rumah . Sambil memotong ayam , pisau aku hentak memotong tulang sendi ayam sambil aku melepaskan amarah aku siang tadi . Masih berbaki rupanya . Kekesalan menyelubungi jiwa tapi dibalut emosi dan ego .

Makin lama semakin tenang hati dan memikirkan apa yang telah aku katakan terhadap kesayangan-kesayangan aku siang tadi . 

Ya , sepertinya aku yang melakukan kesilapan besar . Berkata sewenangnya tanpa memikirkan hati mereka . Terutama ummi dan abah . Agaknya tenangkah mereka tidur ? Barangkali aku yang tidak akan tidur lena .

Teruknya aku , disebabkan keinginan dan emosi ... Aku kalah ! 

Aku tidak pernah ada masalah dengan adik - beradik , bila gaduh depan-depan ni lain . Kita tau reaksi muka , tau ekspresi mereka . Cepat saja berbaik . Kali ini , berbeza . Aku tidak mengetahui sama sekali intonasi yang digunakan , mimik wajah yang dilakukan . Maka , hanya dengan tafsiran diri sendiri yang malah menambah lebih teruk keadaan . 

Jari masih berat untuk mengatakan maaf ! 

Entah kerana ego , atau kerana malu ... 

Sebelum ni , mudah saja aku meluahkan kata maaf dan terima kasih . Tapi kalini agak sedikit berat . Kenapa agaknya ? 

Ya Allah .. berilah aku kekuatan . Aku sayang ummi , sayang abah dan sayang adik-adik aku . Sama sekali tidak mahu kehilangan mereka . Rendahkan ego yang menggunung ini . 
..
.
.
.
......................................................................

Sunday, November 3, 2019

BETUL KE MIMPI NI SEBAB RINDU ?

Bismillah Walhamdulillah ..


Rindu Maahad agaknya ...

Semalam tidur mimpi Maahad (MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR ) sekolah ku yang tercinta .

Maktab Mahmud Alor Setar

Ya , yang mengajar aku erti sabar , mengajar aku berjimat cermat , mengajar aku erti hormat dan ketinggian akhlak .

Sebab tu kami panggil Maahad LOQSTAQ , -Bumi Waqafan , Bumi Tarbiyah -

Ingat lagi , pernah dalam dewan kemegahan Maahad , DEWAN SULTAN BADLISHAH tu . Ustazah Afriza Uzir , sampai sekarang menjadi PK HEM . Ustazah pun antara guru yang banyak memberi aku inspirasi . Tengok ustazah , aku ada rasa nak jadi pengganti ustazan suatu hari nanti . Dengan Ustazah , kami banyak berkongsi tentang susah payah dan jatuh bangun pimpinan .

Ustazah suka bahasakan diri ustazah "bonda " . Maka kami pon bahasakan ustazah '  Bonda Afriza' tapi kat belakang ja la . Kat depan bahasa 'Ustazah' sebab malu dan hormat.

Mula mengenali ustazah sewaktu tingkatan 3 . Kelas 3 Hasanah (2013)            .

Apa aku nak cerita tadi ?
.
.
.
ha ! ada sekali tu , kat dalam dewan .. Ustazah macam bagi kata-kata semangat kat Form 6  kot rasanya masa tu Mesyuarat Agung Tingkatan Enam . Ada la salah satu ayat ustazah yang paling aku ingat ni .

"kalau kamu belah tangan ustazah ni , darah yang menitik tu mesti dia tulis Maahad !" 

Bila dengar ja ayat tu  , lagi jatuh cinta aku dengan Maahad !!!

Allah , Allah..

Rindunya ..

''Allahumma ihfiz maahadana wa ahlaha " 

Ingat lagi , waktu form 5 .. Kami semua sanggup nak ambik STAM sebab tak sanggup nak berpisah dengan Maahad , dengan guru-guru yang tak jemu memberi peringatan  kami . Kami sangat menghargai semua yang ada di dalam bumi barakah itu . Hattakan pakcik dan makcik guard , mahupun tukang kebun  , tukang sapu , semualah .

Bila dah naik Tingkatan Enam , pakat cari alasan taknak keluar jugak. Dok berharap la ada UNIVERSITI MAKTAB MAHMUD  ! Hahaha..

Punya takmau keluar , nak jugak dok situ ..

Bila berkongsi perasaan tu dengan para asatizah , MasyaAllah .. dapat lagi taujihat dan kata-kata semangat .

"Kamu duduk di dalam Maahad ni sebagai latihan saja , kamu kena keluar dari kepompong Maahad untuk menghadapi masyarakat di luar sana . Untuk bantu ummah di luar sana !"

Rasa nak nangis pulak aku yang sedang menaip ni .

Ya Allah.... rindunya Maahad !

Sebab tu , salah satu punca aku sanggup pegang jawatan waktu zaman sekolah menengah ni dengan satu niat saja . Niat inilah yang selalu memberi aku semangat dan sanggup berkorban apa sahaja iaitu . Aku niat untuk berkhidmat untuk Maahad dan untuk guru-guru di situ . Seronok berkhidmat di tempat kita menuntut ilmu ni .

Rasa bersyukur setia dengan Maahad . Pernah dulu waktu tingkatan satu , naik kereta dengan abah nak balik asrama . Macam biasa , abah akan tanya macam mana pelajaran aku , macam mana asrama . Alhamdulillah , semua baik-baik saja !

Haha ,
Dah nama budak tingkatan satu .. memang moment paling benci bila nak kena balik asrama .
Aku pun cuma buat muka seposen sebab tak suka nak balik asrama .

Abah pun ingat aku tak sanggup nak duduk situ .

Abah kata , " cuba dok dulu , nanti tingkatan 4 pindah la "

Sekali nahhh.... setia sampai hujung nyawa !

Sama jugak macam asrama .. ayat kak-kak nak bagi kami yang penghuni baru ni seronok dengan asrama .

"Nak tau asrama ni best ka dak , sekurang-kurangnya  kamu kena duduk setahun ."

Tak sangka sampai sekarang aku masih ingat kata-kata keramat semua ni .
Nak senarai lagi memang banyak . Dan banyak juga ayat-ayat keramat yang turun temurun kami guna . Maksudnya , ayat-ayat sama juga kami gunakan pada adik-adik baru .

Cakap pasal asrama ni , kami geng-geng asrama ni minta tingkatan enam pon nak dok asrama. Punya taknak keluaq ! Ustaz ngan Ustazah pun gigih nak bantu kami . Tapi fahamlah , bila kena urusan dengan Lembaga ni berat sikit lah kan .. Haha
.
.
.

Tapi , tak taulah generasi sekarang . Junior-junior kata , Maahad dah banyak berubah ..

Tu semua kerja Allah .. Aku yakin yang para murabbi di Maahad sudah sedaya upaya mendidik anak-anak maahad ni .

Semoga Maahad tetap dalam jagaan Allah sampai bila-bila !

~once maahadian , forever maahadian~

*** siapa MAAHADIAN , angkat tangan sikit 😄



_QAHERAH , MESIR_
23:23 PM (waktu Mesir)

Saturday, November 2, 2019

DINA DAH PUTUS ASA ?

Bismillah Walhamdulillah ...


Aku pun manusia biasa . Ada cita-cita , ada impian .. Tapi , kadang-kadang aku hairan . Adakah setiap impian dan cita-cita aku ni mesti berkait dengan semua orang ? Tak boleh ke aku kejar saja cita-cita aku tanpa melibatkan orang lain .

Satu kekesalan tentang diri aku ialah , aku selalu tak boleh buat kerja tanpa sokongan orang . Tambah orang yang mengenali aku . Keluarga aku , kawan-kawan aku , sahabat seperjuangan dan semua kenalan .

Aku suka menulis , aku suka bercakap dalam video . Bukan niat nak femes , tapi dengan niat untuk kongsikan pengalaman aku , hidup aku . Walaupun sebenarnya siapalah aku , siapa ja yang nak mengenali aku .

Sejujurnya , aku tak dapat merasakan sokongan tu daripada semua orang . Sampai satu masa , aku murung , masih cuba menahan air mata dari membanjiri kelopak mata . Solat dan berdoa supaya terus diberi semangat , berlagak seolah-olah aku okay !

 Sebenarnya , siapa mereka di sisi aku dan siapa aku di sisi mereka sebenarnya ?

Adakah aku ni hanya insan tempat untuk melapangkan masa-masa mereka ? Dicari ketika ada sesuatu gembira yang hendak diceritakan dan dicari ketika ada sesuatu yang sedih untuk diluahkan ?

Ya, pada dasarnya aku memang seorang yang happening , ceria dan macam tiada masalah .
Tipulah ! Manusia mana yang tidak ada masalah .

Hattakan Rasulullah s.a.w pun masalahnya 1000x ganda lebih berat lagi daripada kita ni .

Berbalik pada tajuk ,

Aku terdetik yang moment-moment di Mesir ni mesti dilakarkan dan alangkah indahnya jika dikongsikan bersama . Untuk kawan-kawan yang tak berpeluang ke luar negara . Paling penting untuk warga Masisir sendiri sebenarnya .

Tapi , pada tanggapan aku . Mereka seperti tidak berbangga berpijak di bumi Anbiyak ini . Wallhua'lam

Ya ,aku yakin pasti yang membaca ini akan terdetik . " Bukan tak bangga......tapi.."

Aku doakan mereka juga direzeqikan nanti . Amin

Entahlah .......


Baru itu hari aku menulis tentang tujuan dan kemurungan . Tiba-tiba sekarang aku merasainya .
Aku sebolehnya ingin berbaik sangka pada semua orang . Aku sendiri tidak pasti , gamaknya aku bersangka mereka tidak menyokong aku .

Yang dinamakan manusia itu pasti mahukan penghargaan kan ? Tidak pernah puas dengan apa yang dikecapi ... heh !

Siang malam aku bersengkang mata cuba untuk melakukan yang terbaik . Cuba sebaik mungkin supaya yang membaca atau yang menonton akan puas hati dan tidak akan pernah jemu . Bahkan tidak sabar-sabar menantikan yang baru .

Sebaliknya harapan setinggi bukit punah , aku cakap pada diri ..
" apa yang aku harapkan ? sejauh mana yang kau inginkan ?"

Terasa seperti berjuang sendirian ..

Maka , semangat yang dibina semula akhirnya berkecai sekali lagi .
.
.
.
.
.
.

Buntu......