Bismillahirrahmanirrahim ...
Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad wa 'Ala Alihi Wasohbihi Wasallam ..
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sementara menuggu azan waktu subuh berkumandang , aku duduk di samping katil sambil termenung. Tepat mata memandang ke sudut balik dan pastinya sel-sel otak berfungsi mula berfikir .
Agaknya apakah faktor yang boleh membuat seseorang manusia itu untuk berubah dan istiqomah dalam melakukan kebaikan , sesuatu yang menjadikan dirinya lebih baik dari sebelumnya , sesuatu yang mejadikan kehidupannya lebih baik di sisi Tuhan ?
.
.
.
.
.
Persoalan itu kemudian aku tanyakan kepada diriku ..
"hang Dina , macam mana hang ubah hidup hang ? "
Memori sewaktu Tingkatan Satu aku di sekolah tercinta Maktab Mahmud Alor Setar terus bermain-main di benak fikiran .
" Perhatian kepada penghuni asrama tingkatan satu , perhatian kepada penghuni asrama tingkatan satu . Sila berkumpul di surau selepas Isyak , sila berkumpul di surau selepas Isyak , Terima Kasih "
Pengumuman dari pembesar suara surau mengisi ruang seluruh asrama , kami pelajar tingkatan satu masa tu bercampur-baur perasaan , agaknya apa tujuan berkumpul malam ni . Maklumla , dua minggu kami berorientasi asrama dan minggu ini sahaja peluang untuk kami kenal kakak-kakak dan membiasakan diri dengan peraturan asrama .
"Takpa , kamu jangan la takut . Kakak-kakak sini baik lah " salah seorang kakak bilik aku menyapa setelah pengumumam selesai dan semua tingkatan satu agak sedikit gementar . Aura kakak tingkatan 5 masa tu lain macam sikit . Kami sangat hormatkan mereka !
kriiiiiiiiiiiiiiiiiing ...
Loceng asrama berdering , menandakan tingkatan satu wajib berkumpul di surau . Malam itu prep tiada kerana esok hari cuti .
Berkumpulnya kami malam itu , dengan sembang-sembang santai dan kenal-kenalan bersama kakak-kakak tingkatan 5 . Seronok sangat , rasa macam dah rapat dengan mereka .
Usai hampir sejam bergelak ketawa , tiba-tiba mereka mengarahkan kami untuk pejam mata .
Bukan kejutan hari lahir yang mereka sembahkan tapi muhasabah .
Ya............................
Sewaktu aku di zaman maahad , muhasabah dan pelajar asrama berpisah tiada . Paling kurang tiga bualan sekali . Rasanya , aku pernah muhasabah di asrama sampai sebulan sekali yang mana pimpinan asrama akan adakan jika ada masa terluang.
Aku juga percaya program muhasabah satu-satunya program yang boleh 'cleansing' jiwa dan rohani kerana ada waktu itu kita dipaksa menangis apalagi yang menitikkan air mata dengan sukarela . Selepas muhasabah , mesti rasa ada aura baru pada diri , ada semangat dan azam baru !
Kenapa memori ini yang hadir ketika persoalan aku bermain di benakku ?
Tentu sekali kerana titik tolak perubahan diriku adalah setelah muhasabah waktu itu . Seingat aku , balik dari muhasabah itulah aku berazam untuk istiqomah bertudung labuh , istiqomah untuk pakai stoking , pendek kata untuk menutup aurat dengan sempurna . Tidak mahu lagi berkawan dengan lelaki sewenangnya tanpa tujuan . Waktu itu juga ialah waktu aku belajar dan faham erti kehidupan yang betul-betul berlandaskan syariat .
Aku tidak pernah ditegur ummi untuk pakai stoking di usia muda , tidak pernah diajar bagaimana pakaian muslimah yang sebenarnya bahkan aku mengetahui dan mempelajarinya dari kakak-kakak . Batas seorang perempuan dan sebagainya . Alhamdullilah !
Tinggal lagi aku untuk hargai semua itu ....dengan mengamalkan
Bukan semua orang dapat ilmu itu , bukan semua orang tahu bahawa seorang wanita itu bagaimana batas auratnya , bagaimana batas dia di khalayak ramai . Ya , aku tidak menafikan semakin menginjak usia mungkin kita semakin kita lupakan benda itu .
Kerana itu , ILMU dan ISTIQOMAH itu berkait !
.
.
.
.
Teringat pula masa kelas subjek 'Akhlak' di sekolah KAFA INTERGRASI ASSOLHIN di Sg Buloh Selangor ..
Ustazah Ku Halida lah yang memaksa kami untuk hafal makna Istiqomah .
Istiqomah itu ialah berterusan melakukan sesuatu perkara
Menginjak ke Universiti , Fadhilatul Ustaz Nazrul Nasir pernah mengatakan ketika kelas beliau bahawa Istiqomah itu dari Allah . Oleh sebab itu , tidak semua orang dapat istiqomah dalam amalannya kecuali dengan keazaman yang tinggi dan tentunya izin dari Allah Jalla wa A'la .
Pernah dua tiga orang bertanyakan kepada saya , bagaimana ingin istiqomah ?
Tiada jawapan lain yang saya akan bagi melainkan jawapan guru-guru saya . Fadhilatul Ustaz Nazrul mengatakan bahawa cara untuk istiqomah adalah dengan banyakkan berdoa dan selawat ke atas Baginda Nabi Sollallahu Alaihi Wasallam.
Alhamdulillah , aku masih diberi kekuatan dan rezeqi untuk istiqomah dalam berpakaian labuh dan ikut syariat . Pakaian yang diajarkan setakat apa yang aku tahu dan belajar. Aku sedar kerana bukan semua orang dapat nikmat istiqomah itu sendiri .
Saya tidak ada niat ingin berbangga diri , jauh sekali membandingkan diri saya dengan orang lain , Saya juga manusia yang melakukan dosa dan silap .
Perubahan diri itu , adalah dari diri sendiri dan pilihan samada untuk berbalik kepada diri yang lama atau menjadi diri yang baru.
Samada ingin tetap di tapuk yang lama atau melangkah lebih jauh .
Tujuan imbauan memori ini , tidak lain tidak bukan hanyalah untuk menjawab persoalan saya tadi ...
Kerana saya merasakan , titik tolak saya pada ketika itu ialah saya menerima sesuatu yang baru dengan hati yan terbuka dan kosong.
Ketika hati masih kosong , saya menerima apa itu fitrah wanita sebenar . Dan semakin lama wajib ke atas diri kita sendiri untuk belajar dan belajar .
Kerana ilmu itu tidak akan pernah habis . Pengetahuan itu akan terus ada tidak berpenghujung .
---------------------------------------------------------------------------
''Chaq , chik tengok chaq tak pernah missed Al-Mulk tiap malam .. Baguslah chaq ni "
Aku yang agak suka berkata jujur menyapa chaq sambil ambil Al-Quran setelah solat maghrib berjemaah bersama ahli bait yang lain .
Alhamdulillah ! nikmat apalagi yang aku nak dustakan apabila dapat sahabat-sahabat serumah yang menjaga solatnya , yang menjaga jemaahnya , yang menjaga aurat , maruah dan identiti . Dari mereka jugalah aku belajar istiqomah yang sebenar .
"Kami pon tak kuat nak istiqomah chik , cuma kami pegang dengan satu ni ' Istiqomah itu lebih baik dari 1000 karamah" balas Chaq sambil ambil port di katil .
Kebiasaan kami selepas maghrib akan mengaji Al-Quran , ketika itu semua ada port masing-masing . Uda , Naimah , Ateh di meja study . Wawa di katil sebelah Chaq , kadang-kadang mereka ber Al-Mulk bersama . Aku tidak menentu , kadang di ruang hadapan , kadang di bilik tidur , kadang join sekali geng bilik study.
-------------------------------------------------------------------------------------------
Semoga Allah mengurniakan kita semua dengan istiqomah , tidak kiralah sekecil-kecil amalan sekalipun . Amin ya Rabb !
Semoga bermanfaat~ :)



